Robbana taqabbal minna. Innaka antas samii'ul 'alim.
Ya Allah, terimalah daripada kami (amal kami). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. al Baqarah : 127
Bismillah.
Dah 27 Ramadhan kan? Cepatnya.... :)
Sekarang, kemeriahan Syawal mula terasa. Yalah, sekali sekala saja saya mengunnjungi pasaraya bulan ini. Jadi, tak bergendang di telingan lagu-lagu raya. Tesco yang terdekat pun, tak berdendang lagu raya pun. Kat ikea, pun takde lagu.
Teringat zaman asrama dahulu. Kalu petang-petang nak buka puasa, nasyid berbentuk kerohanian atau zikir hasbi rabbi jallallah..... akan dipasang. Sambil study, atau riadah, mulut mengikut. Tetapi zaman ini agaknya dah bertambah, dgn qasidah agaknya. :D
Kelmarin, pecah rekod saya dan Hubby pasang tv. hehehe. Kami ambil adik Siti dari Damai, datang berbuka puasa kat sini. Alhamdulillah, senang hati saya nak masak itu dan ini. Lepas berbuka, senang hati untuk membekalkan makanan yg ada kepadanya. Yg paling senang hati, Hubby mahu mengambil dan meraikan adik saya datang ke rumah.
Syukur.
Dekat-dekat Raya ini, hati saya tidak lagi risau-risau. Yg mana mudah, kami laksanakan. Yg mana tak sempat, skip jerla lepas balik dari Banting. Memang agak sibuk sebab tahun ini 2 minggu raya berturut-turut terlibat dengan kenduri my bro in law Thaqif. Tetapi, Insya Allah tak menjadi halangan untk kami menjemput teman atau saudara datang ke rumah.
Ameen.
Meskipun orang berqiyam, atau i'tikaf di masjid, kami hanya sempat di rumah. Kepenatan. Pergi tengok orang pasang pintu kat Botanic, memasang rak dsbg.
Ah, tahun ini kami masih lagi dalam sesi dan rencana hendak melengkapkan rumah sendiri. Tak macam oranglain... :)
Insya Allah, kita bertemu lagi. Mungkin dah ada teman-teman yang mula bercuti.
Saya dahulukan pada 27 Ramadhan ini, dengan ribuan ampun dan maaf jika saya ada salah tulis, terkasar bahasa atau mengguris rasa selama berblog ni. Sebarang keburukan itu, datang dari kelemahan saya sendiri. Mohon maaf sekali lagi. Buat customer, mohon maaf juga kerana banyak menolak order baju....
brotherhoodarts
“Taqabbalallahu minna wa minkum”
(Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian). : disebarkan dari Darul murtadza
Mohon sebut Ameen ya? :)
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Amin Ya Robb.. Che Mid copy and paste ke facebook. Moga diperpanjangkan lagi. Selamat Eidul Fitri untuk Indah dan hubby, walaupun sibuk dengan perkahwinan adik. Maaf zahir batin..
ReplyDeleteSalam Syawal Chemid,
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya.
Ini baru berkelapangan nak berblogging. huhu. Moga syawal penuh ceria. :))