Bismillah.
Malam 29 Ramadhan.
Apa yang kita dapat sepanjang 30 hari berpuasa?
Adakah sikap kita bertambah baik?
Adakah hubungan kita dg manusia semakin baik?
Hubungan dgn Allah bagaimana?
Paling mudah, adakah ramadhan kita tahun ini lebih baik dari ramadhan tahun sebelumnya?
Tiba-tiba, balik dari kerja, Hubby mengajak saya keluar. Saya ingatkan dia, malam ini kan 29 Ramadhan. Dia kelelahan pulang dari bekerja. Saya juga lelah, kerana banyak memindah angkut barang kerana mengemas bilik-bilik. Kami sama-sama letih. Saya tanya, larat ke? Nak pergi mana?
Lantas, saya ikutkan saja... Saya tidak pernah mendesak Hubby keluar, meskipun saya amat memerlukan sesuatu.
Yg pasti, saya mengambil peluang itu utk mmbeli sabun-sabun yg telah habis di rumah. Yalah, saya mana ada pengangkutan utk keluar berbelanja sendiri. Saya mahu mencuci. Mungkin besok.
Tesco agak lengang, mungkin ramai orang mula balik kampung.
2 hari lalu seingat saya, kami keluar juga dan singgah nak makan di sebuah kedai. kerana di rumah cuma makan ringan sahaja sebab nak cepat keluar. Pekerjanya meminta maaf kerana katanya stok barang masak dah habis sebab hari itu penghabisan mereka berniaga. Akhirnya kami tergelak sendiri. Orang lain sibuk bersiap balik kampung, tetapi kami masih mencari barang yang kami perlukan? hahah.
Seia sekata? Susah hendak tafsirkan. Hati isteri sering saja bersangka baik dgn ajakan suami, dgn muka manis suami. Allah, saya harap dia redha terhadap apa yg saya sediakan utk dia.... Kadang2 saya jadi tersentap juga dengan kata-kata yg tak diduga.
Hendak raya ini, kita bermanis muka atau menggaru kepala ?
Ah, kadang2 saya berharap boleh keluar membeli sendiri, tanpa membebankan suami. Tetapi dia tak izinkan kerana payah.
Stress raya?
:)
Tidaklah. Budget raya dah ada siap-siap, jadi itu bukan masalahnya. Saya cuma banyak plan yg mahu dilaksana. Saya lupa.... bahawa Hubby ada style yang tersendiri, dan cara pemikirannya yg berbeza juga. Saya sentiasa cuba memenuhi rentaknya, Insya Allah. Ke barat, ke timur, saya sedia mengharung bersama.
Tetapi saya lupa, bahawa sayalah yang harus pandai membawa diri terlebih dahulu. kerana tiada kebersamaan tanpa pengorbanan dan kesabaran. Dan saya bukanlah sangat penyabar. :)
Allah, moga Allah memenuhkan akhlak saya dgn rasa penyabar yang tinggi tanpa mudah stress out, atau burn out (yg otaknya dah berkepul asap keerana tak ada minyak).
huhu.
Agaknya inilah perasaan ibu-ibu kita semasa menjelangnya raya. Ibu ingin berbelanja, bapa garu kepala. Tetapi Alhamdulillah, saya sentiasa mengingatkan Hubby malam-malam yang perlu diharungi utk ibadahnya. Meskipun saya sentiasa sangat mudah tenggelam dalam kerja rumahtangga yg tidak sudah. Terkejar sana, terkurang sini...
(Tadi, saya dah termuntah-muntah setelah turun dari kereta. Angin malam agaknya... )
Jika kita wanita tidak boleh menjadi yg terbaik, usahla fikir kita akan jangkitkan perkara yg baik kepada oranglain. Jika kita dapat control ; Emosi, spiritual, rohani, kekuatan jiwa... untuk melakukan kedua tanggungjawab rumahtangga dan ibadah itu. Dapatlah kita jangkitkan kepada ahli keluarga yg lain. Jika masih tidak kuat, ( masih lompong sana sini) bermakna kita masih harus banyak lagi memperbaiki diri. Sayang, benar, saya bukanlah yang terbaik, namun saya sering mendoakan kita menjadi yang terbaik.
Saya sering terkenang-kenang buku puan Roza Roslan.
Moga bersambung siri puasa 6 hari Syawal pula.
:)
Terpandang productivemuslim di sidebar. Bro Abu productive membincangkan apakah step yang harus kita buat di pagi hari raya. And last session of ramadhanplanner.
Mood sedih.
Doa malam ini : Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ffu ‘Anni
(O Allah, You are the Pardoner and You love to pardon, so pardon me)
Doa 2:
Ayat Seribu Dinar :
(Baris kedua akhir: Wa man yattaqillah....)
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerja kan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat- bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap- tiap sesuatu.
Surah : AT-TALAAQ No. Surah : 65 Ayat :2-3, Pmo
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Selamat hari raya Indah..maaf zahir dan batin..
ReplyDeleteBerikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk mesir, syria, palestin, iraq, afganistan dan negara2 Islam..
Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.
Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu
musuh melawan mereka.
Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong
musuh melawan mereka.
Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk
menghadapi musuh-musuhMu.
Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada
setiap langkah mereka.
Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah
segala upaya mereka.
Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir dan semua tempat.
Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan
kalimat mereka.
Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!
Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah
Salam teacher,
ReplyDeleteSalam Syawal. :)
Ameeen.
Moga-moga Allah S.W.T. angkat bala dan bencana perselisihan daripada kaum Muslimin, di Timur dan di Barat.
Semoga Allah memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan orang-orang yang suka menggangu.