Salam kasih dan mesra. Dah hampir berakhir Syawal.
2 minggu pertama Syawal yang saya penuhi dengan mengemas, terus mengemas bilik belakang. Hubby mula membeli rak buku dan memasangnya. Saya pula terus mengemas. Ha... 2 rak buku ikea, penuh! :) Kemudian mencuci dan mengelap pinggan mangkuk dan balang raya...memvakum, mengemas lagi...
Open house pun tak mampu nak fikir, sebab minggu pertama dan kedua my bro in law nikah, kemudian kenduri belah lelaki pula.
Hati saya amat berharap, dapat menjamu teman-teman Hubby. Itu yang menghias rumah sikit. Hubby pun sempat mengecat pagar rumah. Comellah sikit pagar wane putih, dah tak nampak karat semua. hehe.
Akhir Syawal ini banyak berita buruk. Ayah kawan Hubby meninggal dunia. Belum lagi sempat menziarah rumahnya.
Biskut raya sempat juga saya siapkan sebelum kenduri my bro in law di Banting. Alhamdulillah, utk kuih raya saya buat almond cluster, biskut salut coklat dan tat nenas. Semua ciput jer... lebih2 tat nenas tu. Sebiji nenas, memang ciput kan? hehe.
Masa balik utk kenduri haritu, sempat menyiapkan sedikit 'air tangan' untuk keluarga mertua. Saya tahu, semua orang sibuk..
Kereta pula penuh saya sumbat barang kerana mama dan adik-adik juga mahu berkunjung ke Banting dan kami tempatkan mereka di rumah apt di Botanic. Dgn mutipurpose cooker, jug letrik, rice cooker, beras, toto, bantal, semua kami angkut. Termasuk balang biskut raya, heheh. Agar mereka selesa.
Insya Allah, sedaya upaya saya berusaha bersikap adil terhadap keluarga sendiri dan keluarga mertua. Biarpun penat, saya tak mahu mama berasa saya melebihkan sesiapa. Biarlah kelihatan sama rata. Saya masih ada ibu dan mengharapkan doa dia.. Saya pula tidaklah 'mencuri' Hubby sepenuhnya. Lepas menjengok mereka, tengah malam pun kami balik Banting. Saya tahu, sebagai abang sulung, dia harus memantau dan membantu mak ayahnya utk persiapan kenduri. Saya pula, membantu di dapur.
Mana pula gambar biskut raya saya ni? Haih, rasanya belum transfer.
Tak larat pula nak edit foto perkahwinan my bro in law, yg bongsu sorang ni. :)
Lepas balik rumah Ahad lalu, pulunlah saya membasuh baju yang bertimbun. Kemas bilik belakang lagi, sebab family nak dok situ. Itupun tak sempat.... angkut tilam tido kat luar. hehe...
Ambik masa, sebab beli rak sikit-sikit. Bajet kabinet dapur dikorbankan utk siling dan tembok luar. Tak apalah, kabinet kan boleh pasang kemudian.
Source Galeriilmu
" Wahai Tuhan yang mengamankan orang-orang yang takut,Amankan kami daripada perkara yang kami takut.
Wahai Tuhan yang mengamankan orang-orang yang takut,
Selamatkanlah kami daripada perkara yang kami takut.
Wahai Tuhan yang mengamankan orang-orang yang takut,
Lepaskanlah kami daripada perkara yang kami takut. "
Mengharung hari-hari yang berubah total. Hubby mula kerja syif malam. Saya asyik mengucap selamat kepada diri dan jika Hubby diuji kerana pertama kali sejak 10 tahun harus bekerja syif malam dan siang. Teman tidurnya ini juga diuji. :)
Nasib baik adik yang ke 5 masih belum balik ke Besut, jd peneman.
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
baruje nak tanYa bila Za nak post pasal raya dan dan dah post Kat sini :)
ReplyDeletetQ for du'a ni. Lama dah Cari tau.
Salam sahabat,
ReplyDeleteHehehe. Salam syawal, Shidah.
Teringat... inilah zikir yang selalu dibaca lepas solat berjemaah di surau kita dulu, biasanya maghrib. :)
Sekarang kita smayang laju jer, tak sempat zikir, lebih2 lg smayang sorang... hum. Doakan saya mnjadi lebih baik, Shidah. :)
Awak sentiasa ada dalam doa Saya, lnsya Allah:
ReplyDeleteIza pun doakan saya ya..