Moga teman-teman semua dirahmati Allah.
Dah 24 Ramadhan.
Malam ini dah malam ke 25.
Hendak mengisi malam atau tidak, terletak kepada pengurusan masa masing-masing.
Mengurus masa, itu penting.
Kalau kami, banyak betul perkara luar harus diselang seli. (Kami sedang sibuk membeli barang rumah last minute, tengah ada duit lebih kan? ;). Jadi adakala solat terawikh di surau, masjid, adakala di rumah.
Tetapi Qiyam, itukan tengah malam. Bergantung kepada 'tidur' kita. Kita cubalah buat walau 2 rakaat semasa bangun sahur.
CUTI
Jujur, Adakah sewaktu ramadhan ini tiba-tiba kita didatangkan 'cuti', kita menjerit dalam hati : Horey!! Ada masa lebih nak buat biskut raya, kemas rumah, etc!
Bersedihlah!
Kita dah tertinggal nak dapat lailatulqadar.
Kita dah takde alasan nak bertahajjud dgn suami kerana mencari lailatulqadar.
Kita dah kurang pahala orang berpuasa. Orang berpuasa ni, doanya mudah dimakbulkan. Lebih2 di bulan Ramadhan.
Macam syeikh cakap, jangan senang-senang orang musafir nak batalkan puasa kalau perjalanannya sangat selesa (tak letih dan tak dahaga). Rugi kena qada, puasa di bulan lain takkan sama dgn puasa di bulan Ramadhan. 70x ganda versus 1 !
Kalau ABC (Allah bagi cuti), manfaatkan waktu menstrual dgn cerdik!
Kita boleh membaca buku tafsir,
Kita boleh berzikir.
Kita boleh berdoa banyak2 di waktu siang dan malam.
Dalam selang-selang kita membuat persiapan hari raya.
PERLU
Saya membaca satu nota seorang bapa hari ini.
Dia seorang penulis. Isterinya berniaga di pasar ramadhan. Mereka mengumpul duit untuk anak yang sakit.
Ah, saya fikir, orang berniaga kerana ingin pendapatan lebih. Rupanya ada juga sesetengahnya memang benar-benar perlukan duit....
Sangat perlu.
Saya hanya fikirkan persiapan raya saya saja... Insaf.
:((
Copyright © 2013

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment