Demam.
Ah, saya harap hujung minggu ini kami tak berjalan jauh...
Lagi, ada kenduri sana sini. Pening...
mr hubby... tak laratla nak jalan jauh. 'buat mata layu'.
Bagi sesetengah orang, demam itu pemandangan biasa baginya. Tetapi bagi saya, tidak. Sebab saya jarang demam.
Tekak payau saja... takmo telan makanan keras.
Dahaga tengah-tengah malam.
Suami baru saja sembuh, dan jarang sekali kami terkena pada masa yg sama. Orang kata, 'tak sebau'.
Alhamdulillah, hubby menjaga saya.
Nikmatnya ya Allah, ada tempat bermanja, sekurang2nya tiada sebab untuk saya memaksa diri melakukan tugasan rumah. Tunggu kepala ringan sikit, baru gagahkan buat.
Saya membelek-belek pegaga yang saya dah 'trim'. Kasihan, ia baru nak mencari tanah untuk akarnya mencengkam. Saya dah trim banyak haritu, supaya tak kelihatan 'bersemak' sangat. Saya juga menjaga pohon cili yang kerap berbunga, tapi masih 'merajuk' untuk berbuah. Pohon cili ini tak sama dgn pohon cili yang saya tanam sebelum ini yang dari keluar bunga, terus keluar buah cili. Hum, bilalah nak berbuah ni?
Selepas mencari tanah, saya mengitar semula beg tanah itu, mencucuknya dgn pisau dan bubuh tanah yang bercampur tanah merah dan hitam. Ada anak-anak pokok betik. Biji betik dari biji buah yang kami beli dan makan. Biji betik tu, saya tabur sedikit saja dalam pasu, selebihnya saya buang dekat pasir tepi-tepi pasu.
Subhanallah. Banyak bijinya yg bertunas. Yg saya tabur di kawasan pasir juga mencambahkan tunas (betik sukakan tanah berpasir ya?) . Banyak pohon dah ni, saya dah mula cemas. hehehe... Akhirnya saya sediakan beg plastik tulah, nak besarkan pohon betik.
Teringat pohon betik yg ayah berikan, yang tiba-tiba layu lalu mati. Jadi, agaknya anak-anak betik ini harapnya jadi pengganti.
Sekadar nota, di kala kepala tengah 'weng weng'.... :)
Assalamualaikum.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment