Selamat menyambut Rejab.
Alhamdulillah, hari ini boleh masuk blogger, dah berapa hari susah nak masuk. Klik blogs, bolehla, cuma nak tulis yang masalah. Tapi saya yakin, ada hikmahnya. :)
Kelmarin ke nursery, membeli sedikit tanah hitam dan pokok kecil.
Perkembangan kebun di depan rumah.... pegaga dah makin merebak. Nak trim, maknanya kena amalkan resipi awet muda setiap hari- pegaga. Dah tanya hubby, dia kata boleh je makan pegaga kerap-kerap. hahaha.
Dah tabur cili merah, biji cili kerinting, cili padi, semuanya dah jadi anak. Antara nak bertahan atau tak saja. Beberapa pokok masih bertahan sehinggalah berbunga. Saya berdoa. Agar kami taklah kerap membeli cili padi lagi.
Pokok kesum ( dari batang kesum yg saya beli dari pasar) dah banyak daun, meskipun nampak sedikit merah. Kot kena tambah baja? Saya tanam tepi pagar, dekat-dekat pili air.
Pokok serai (pun saya biak yang dibeli dari pasar), dah merimbun.... biarpun ada belalang mengacau, dan daunnya sedikit merah, masih bertahan. Saya trim, ia merimbun lagi, saya trim, merimbun lagi. :))
Agaknya, tangan saya takdelah panas sangat kan? Man jadda wajada.
Saya pernah putus asa dan bersedih gara-gara pokok cili kerinting saya sebanyak 5-6 pokok, akarnya mati selepas berbuahkan berbakul kecil buah cili.
Ya, teacher, saya balik kampung... mengundi. hehehe.
Saja nak merasa, sejak umur 21 tahun, ini first time saya mengundi. Kat Terengganu? Meriah suasananya. Betul macam pilihan-Raya. Banner penuh, ada pondok penyokong dan pembangkang sepanjang jalan kampung. Ada tukang jaga sepanjang malam, ada makan-makan.
Tak nampak penyokong dan pembangkang berbalah. Masing-masing tahu mengambil tempat. Mereka tahu mengelakkan perbalahan.
Saya? Ah, malas nak ambil gambar. Sepanjang 2 hari pertama balik kampung..Hubby balik bersama. Ke sana sini, dgn Hubby sekali, termasuk mengambil angin di waktu malam. Tapi penatlah nak ambil gambar. Lepas Hubby balik ke sini, saya dok rumah parents saya jer diam-diam.
Hari mengundi? Haha. Sedikitpun tak ingat nak bawa handset.
Satu pengalaman baru bagi saya.
Kemenangan pihak tertentu? Ia tak membawa erti kepada saya, sebab saya tak tinggal di situ. Tetapi kepada Ma dan adik-adik, mestilah saya berharap mereka akan dilindungi. Sebab orang kampung sendiri, mempunyai kelompok mereka sendiri, macam kabilah-kabilah.... . Kenyataan, itulah adat dunia, yang moga satu hari.... akan terbuka untuk berubah.
Tulus, saya cuma berharap my family baik-baik saja bersama kalangan orang kampung.
Sepanjang 2 minggu ini, saya berasa lebih segar.
Mungkin benarlah kata penjual pokok bunga di nursery tu, jika letak pokok di tepi tv, ia boleh menyerap 'aura' dari tv.
Agak-agak berinternet pun.... ada aura jugak ke, yang menyebabkan keletihan?
Hubby asyik dgn mobile internet sepanjang masa, dan saya pula melihat pc besar ni ? Berehat 2 minggu dari melihat PC, memberi kesegaran yg luarbiasa. Hum.
Apapun, selamat mengqada puasa, hehe.. dan selamat menjalani Rejab, moga selamat melanjutkan ke Syaaban sehinggalah menjelangnya Ramadhan. Moga kita dipanjangkan usia. Amin!
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalamualaikum indah...
ReplyDeleteSelamat bulan Rejab juga..semoga kita beroleh berkat di bulan ini, bulan syaaban dan sempat bertemu ramadhan..amin..
Syoknya dapat bercucuk tanam keliling rumah..semoga mendapat hasilnya..(^_^)..cikgu suker2!!
Salam teacher,
ReplyDeleteTerima kasih atas doa tulusmu, kak.
Pokok cili padi sedang berbunga. Moga adalah hasilnya nanti.. :D