Saya cuba memasak sate di atas dapur gas. Saje mencatat supaya saya tak lupa kenangan memasak sate di dalam rumah ni. Ramuan biasa, yang banyak kat internet. Guna daging batang pinang, ada juga daging kambing. Saya campur macam-macam bahan.
Mula-mula masak guna multicooker ni. Cooker ni penyelamat bila gas habis masa menggoreng nasi di suatu malam yang hening. hehe. Tetapi hasil sate kurang, kerana ia basah.
Masak grill pula. Guna pemanggang dapur ni. Oklah. Nampk juga rangup.
Balance air daging saya lap atas daging. Hum... ia membuatkan ia jadi seperti daging bakar, bukan rasa sate pulak. :)
Adala sedikit rupa macam sate daging haji samuri. Rasa dia pula, macam daging grill. hahaha Sabo jer kan? :D
Pagi-pagi esoknya, saya panaskan daging, dan Hubby breakfast sate dgn kuah Pecal segera, (punyalah mengantuk nak buat kuah sate ). hehehe...
Hubby ok jer.... kenyang sungguh! :)
Insya Allah, nanti saya buat eksperimen sate lagi, dgn kuah sate ori!
Dinner selalunya yang simple dan menyenangkan tekak. Hidangan: Ikan goreng, sup daging kambing. Sambal kicap, tauhu lebut dgn sawi masak sos tiram.
Hidangan malam tadi: satu lauk jer, tapi cukup, Alhamdulillah. Bendi masak bening, ayang goreng berempah, sambal tutok, timun cina.
Ini? Bukan kenduri. Bersiap sedia untuk memasak lauk, untuk ditinggalkan kepada Hubby. Saya akan balik kampung seminggu next week. :)) Bawang merah tu tak mahal, 2 paket RM2 kat tesco BB. Banyak hal nak buat minggu last ni... Moga Allah permudahkan.
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Salam...sedapnya tgk...sate tu boleh lawan dgn sate haji samuri dah...he he he...=)
ReplyDeletesedapnya sate..
ReplyDeleteSalam kak Hafizah,
ReplyDeletehehehe.Terima kasih.. Sekali2 berangan nak jg calen hj samuri.
Salam adda,
ReplyDeleteTerima kasih, rasa biasa-biasa jer, adda. Lepaslah hajat nak bakar sate. hahah.:)
selamat bercuti..mesti nak mengundi ni..hehe(^_^)
ReplyDeleteAslmkum
ReplyDeletesate bakar atas dapur...cepat.. akkpun buat gitu je...tak payah nak cari arang.
re; dari Cairo ke Morocco , 5 1/2 jam perjalanan.
slmt balik kg...
Salam teacher,
ReplyDeletehehehe.. ya, balik mengundi. tapi tak sempat juga memasak tu. Sempat perap lauk pauk dgn resipi biasa, dan frozenkan. Nasib baik Hubby nak juga membakar ayam dan goreng lauk perap tu. Lepas dari makan kat kedai.
Salam mamasya,
hehe. memang kan, tak sempat dah nak beli arang, kami tau cepat nak makan je. Wah, jauh juga ke morocco.