Salam sejahtera, teman-teman bloggers,
Hubby kerja separuh hari, hari ni. Kurang sihat. Maka minggu ni, tak pastilah ada aktiviti tak. Rancang nak balik banting..
Nikmat memasak.
Subhanallah, hari ini warm-up, tayang gambar masakan. Ah, ada yg guna handset, ada yg guna kamera. Mana yg sempat.
Saya perasan, setiap kali saya mencuba idea baru untuk masakan, lepas tu, untuk do the same lainkali... dah lupa! hahaha. Sebab ada masa, menu itu kita cipta main hentam saja semasa memasak.
Sedangkan ada sesetengah resipi pun, kena tengok balik blog. Tak semuanya kita masak setiap minggu, kan? Maka blog jadi pencatat resipi, dan nota.
Gambar guna handset.
Alhamdulillah, Hubby puas hati. Saya terpengaruh dgn feng shu's cooking class kat TV. Mereka suka mencampuradukkan bahan sayur sbg perasa masakan. Bukan spice.
Ayam digaul dgn kunyit dan garam - goreng
Terung dipotong serong tebal 1 inci - Tuang sedikit minyak atas kuali leper, susun terung, biar ia kelihatan sedikit layu, balik-balikkan.
Cili merah besar 3 tangkai (buang biji), Bawang merah 3-4 biji, Bawang putih 3-4 ulas - Semua sekali dikisar tapi tak begitu hancur.
Sedikit ajishio (lada sulah dan blackpepper)
Setelah terung masak, ketepikan. Masuk sedikit minyak lagi, tumis bahan kisar. Gaul dgn terung sehingga kelihatan bersalut, tapi masih basah utk menyalut ayam goreng. Masukkan ayam goreng. Saya tak tambah garam dah, cuma tabur sedikit ajishio blackpeper dan lada sulah.
Nak hidang, saya letak balance salad yg sedikit sebagai penyeri. Yg putih tu, bukan cheese. Tapi buah mangga yang dihiris nipis, pemberian mertua. Hum... bila rasa masam...lazat!
P/S: Saya masukkan air yg lebih2 dr pengisar, supaya masakan ni sedikit basah.
Terung, kalu nak ia tidak terlalu lembik, asingkan dahulu dan masukkan bersama ayam. Tetapi saya telah membiarkannya sedikit lembik , dan bila dah bercampur sprt itu, rasanya tak beza dgn ayam!
Juga ambik guna handset. Brokoli ni, dah nak expired. Tapi masih keras. Saya nak cara senang. Camana?
Tumbuk 4 ulas bawang putih bersama sedikit halia.
Udang dikopek kepala dan ekor sahaja.
Cili padi dipotong.
Saya rebus brokoli sedikit besar2 bersama carrot dalam periuk kecil. Airnya separuh. Tutup.
Bila dah separuh layu. Tutup api. (ia direbus sama waktunya kita menumbuk bawang)
Garam.
Sedikit lada sulah ajishio.
Tumis bahan tumbuk . Masukkan udang dan cili, kacau sekejap. Cepat2 masukkan brokoli beserta air rebusan. Wah! sekejap je masakan bersup siap.
(Hilang rasa malas saya.) hahaha.
Ayam apa ni? Aduh, tengok tarikhnya? 14 mac. Saya bakar atas kuali leper saja.
Isi dada ayam dipotong nipis. Taburlah apa yg nak, dan gulung. Cucuk dgn lidi sate. Saya tak bubuh garam.
Sos blackpepper ( saya beli kat kedai mnjual barang utk peniaga burger, melayu) - Dituang atas isi ayam yg dah siap tu.
Tomato di potong 4 saja.
Masak saja di atas kuali leper shg masak. Golek sampai ia masak.
Kita rebus ayam lagi dgn halia, part kepak.
Majerin - untuk menumis bawang putih dan bawang merah hiris, halia.
Masukkan beras, beserta ayam yang dah direbus.
Garam.
Air stoknya sukatan sprt biasa.
Wah! Memang nasi ayam hainan stail baru hari tu. hehehe... Hentam jer makan dengan ayam balckpepper di atas.
Insya Allah. :)
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment