Salam mesra di hari Jumaat, penghulu segala hari. Baru kelmarin tengok siaran syeikh, ttg hari Jumaat.
Kambing Tajin versi melayu saya , dinner malam tadi. Alhamdulillah, jadi juga masak. Saya sediakan nasi putih, dan kobis hiris nipis gaul dgn mayonis dan blackpepper ajishio. Rasanya pedas2 blakpepper. Saya sediakan juga cili padi potong utk Hubby.
Alhamdulillah..... Komen Hubby, sedap! Oh, lega...
Gambar di atas ni, kambing Tajin Chef Ammar tvalhijrah punya, :D Klik Source
Ini saya punya. Rupanya sama tak? hehehe. Yang atas tu, inspirasi. Tapi rasanya memang tak sama, sebab saya guna bahan sendiri... dan guna kuali sendiri saja...
Resipi asal please KLIK source dekat gambar di atas (dari facebook chef Ammar) .
:)
Ini resipi versi Melayu saya utk rujukan saya , sebab Hubby suka dan boleh masuk dalam menu .... ( harap chef ammar tak marah) Insya Allah lenkali nak cari bahan yang betul sprt saffron dan minyak zaitun, periuk tajin?
KAMBING TAJIN MOROCCO STYLE MELAYU
1. Daging kambing - dipotong besar, tapi tebalnya dalam 1/2 -1 inci.
2. Stok kambing - Saya rebus bahagian daging yg dekat urat serta sedikit daging, ambil air rebusannya.
3. Minyak zaitun? Saya guna minyak masak jer, jadi takde rasa arab :)
Saffron pun takde.
4. Apricot kering, kismis kuning balance ole-ole mertua bawa balik dari umrah.
5. Bawang di cincang 1/2 biji dicincang.
6. Serbuk kayu manis, blackpepper, garam secukup rasa - untuk DIGAUL dengan daging tadi. Itu yg saya ingat dari siaran tv.
7. Serbuk cili takde - saya ganti dgn sedikit cili kisar campur cili kering kisar dalam botol buatan Thailand.
8. Serbuk ketumbar, dan serbuk blackpepper.
9. Madu - bubuh ikut rasa.
10. Garam secukup rasa.
11. Saya tambah gula juga.
12. Carrot saya potong besar dan tomato potong 4 - itu saja yang ada...
Caranya:
Daging kambing ketul-ketul digaul dgn serbuk kulit kayumanis, blackpepper, dan garam. Susun daging atas kuali leper yg ada minyak dan biar ia dimasak. Balik-balikkan. Dah masak, angkat. Hum... daging kambing masa ni rasa macam kambing grill! Saya dah mula tak sabar nak makan. :)
Untuk kuahnya, dalam kuali yang sama dan saya guna minyak bekas daging tadi.
Panaskan minyak, tumis bawang.
Masukkan carrot, cili dan serbuk ketumbar, serbuk kunyit, dan air rebusan (stok tadi), garam.
Saya tambah blackpepper dan gula. Kacau kuah sekejap shg mendidih.
Lepas tu susun daging atas sos tu, atur aprikot, kismis dan madu. Tutup kuali leper dgn tudung periuk. Perlahankan api dapur.
Biar hingga sedikit kering. Rasa, sama ada perlu tambah garam atau madu.
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment