BUKU
Selamat malam teman-teman.
Kat the curve minggu-minggu sudah, kami terserempak jualan gudang kedai buku Popular di legar bawah. Hubby cakap dah berbaloi membeli buku yang disenangi dengan diskaun banyak seperti ini.
Harga asalnya hampir seratus. Harga tertera selepas diskaun 70%.
Saya beli juga buku masak omputih, dapat belas-belas ringgit saja selepas diskaun 70%. Gambarnya jelas dan cantik, kira buku masak yang 'food photography' la. :)
(RM 5 itu voucher bila pembelian mncapai total tertentu, aduh, nak tamat tarikh dah).
Jangan tertipu dengan harga pada buku yang ini. Harga saya beli, RM 4 seunit. Caya tak?
Masa melencong ke One utama, tempat yg dituju, kedai buku MPH. Terserempak lagi jualan renovation MPH. Kali ini, saya pilih yang diskaunnya 50% -90% . Tapi saya banyak ambil yang 90% la. Harga yang tertera sebelum diskaun. Berbaloi tak? :)
Kami singgah kat kedai PTS di Dolomite, batu caves. Kiranya gudang PTS la. Bila beli biasa, diskaun 15%, beli banyak sikit lagi naik diskaunnya. Kami punya 20%. Sepanjang masa, diskaun.
Yang ni, FREE. hehe. Sila dapatkan di national Library, jalan tun razak. :D Dalam sebulan sekali, jika sempat kami singgahla update buku, kadang2 tefon saja.
Alhamdulillah. Tak lupa, kitab hadis. Kitab berbahasa arab yg diolah sendiri oleh Syeikh.
Kitab Nafis dah nak habis.... jadi syeikh Nuruddin cakap boleh beli kitab baru yang 2 jilid. Pengajian kami kat Bkt Sentosa, kadang2 pindah ke surau Taman anggerik (sebulan sekali saja tafaqquh fiddin ). Sekarang ni pun, syeikh terbang buat pengajian di luar negara.
Oh, ini beli... no sale. :)
Nota Nurindah: Masa nampak sale buku gempak2, terasa sangat nak hebahkan pada kawan2. Tetapi handset saya mana ada 3G, broadband pun tade. :)
Beginilah kami, menghabiskan masa terluang dgn buku...
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
seronoknya cikgu tengok buku2 nurindah..jeles ni..
ReplyDeleteSalam teacher.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terserempak dgn sale. kalu tidak, mmg kena tunggu national book fair akhir bulan nanti. Haru nak memilih nanti. hehe...