Weekend.
Hari berbelanja kami, ialah di hujung minggu.
Kadang-kadang ke pasar basah di BB , ke NSK rawang . Kalu keluar dari kawasan rawang, maka kami berbelanja di sepanjang jalanlah! hehe. Singgahla mana2 pasaraya yang sempat. Kalau lalu kwsn damansara area the curve, lebih senang, Tesco Extra buka sampai 1 pagi. Parking murah, 3 jam pertama free. Kalu nak ke the Curve, taktiknya...hehe parking kat ikea, pastu melencong the curve, pastu masuk ikea balik beli barang dapur beberapa ringgit. Dapat barang, parking free.
Arah jalan dari banting- shah alam- KL- damansara- rawang. Memang jadi tempat persinggahan kami berdua. National library 3 minggu sekali. Jika ke damansara damai, untuk tengok lot kedai kami kat season square atau jika sempat melawat my adik Siti. Dan biasanya akan terlajak ke one utama untuk ke kedai buku kegemaran MPH atau terus ke the curve, hehe.
......
Dgn semangat muda (yang dah tak berapa muda, hehe), dari BB kami meredah ke PWTC. Kita tengok Homedeco, cuci mata saja. Subhanallah, memang panjang betul laluannya. Dari ruang utama PWTC sehinggalah seberang sungai, itupun masih ada beberapa dewan nak jelajah.
Hubby memang membeli The star setiap minggu , jadi selalulah saya tengok mana 'sales' barang2 rumah. Kebanyakan advertiser dalam suratkhabar The star, ramai yang ada di situ.
Apa hasil memancing?
Alhamdulillah, yang mana perlu saja. Barang kecil2 saja.
Parking? Kami parking kat Putra, dekat stesyen bas ( saya biasanya naik bas kat sini untuk balik ke Jerteh ). Sekarang bukan lagi RM3 per entry, dah sistem elektronik. 1 jam pertama RM3. Kemudian lepas tu RM1 setiap satu jam ( kalu tak silap).
Yg itu, plastiknya saja tertulis Sorento, tapi di dalamnya tidak, jenama biasa saja. Sedikit barang untuk bilik air, dan lunch box.
Salah satu hasil 'tangkapan' yang value for our home. Rak atas sinki..harga asal RM80, offer RM60.
MIHAS? hum, tak sempat nak pergi, tapi tak apalah. Kelmarin, kami redah juga KLCC sebab memang dah plan. Parking dalam KLCC, RM3 perhour, jadi kena pandai spend masa. Cuci mata saja sebab dah lama tak pergi ke sana. Masuk kedai buku Kinokuniya, ha.... terleka kat situ sampai lenguh kaki. Kat Kinokuniya ni, payah nak cari seat macam kat Popular atau MPH. Lebih2 lagi peak hour. haha.
Kat Cold storage jumpa ini. for Vegetarian. Alhamdulillah, dah lama nak cari susu kambing segar. Selalu jumpa yang paket saja.
Kat Watson, jumpa fish oil 1000mg/60softgel. Double, RM 46, berbaloi tuh! Hubby kerja kilang, harus sentiasa amalkan makan fish oil dan vitamin C.
Nota Nurindah : Minyak kereta? Alhamdulillah, kami masih mampu kerana ada bajet dari company kilang. Jadi, ia tidak mendesak kami untuk mengiranya kecuali... harga minyak dah naik. :D
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment