Jamie's Food Revolution: Huntington Schools.
Tv9 malam tadi. Ada sesiapa tengok? Saya memang pernah hop ke web Jamie Oliver, dan saya tau projeknya. Tetapi saya tak tau rupanya Jamie membuat rancangan realiti di sekolah. Er... masa menonton rancangan itu, saya dah tak pandang apa Jamie membebel, apa yang makcik kantin tak puashati. Saya cuma melihat kanak-kanak sekolah tu. They deserve the best healthy food!
Memang sukar nak buat perubahan, tetapi jika kita sayangkan anak-anak, takkan nak bagi nugget setiap hari, bukannya homemade, tapi paket. Kentang pun macam yang kita makan kat KFC ( mashed potato) - Seseorang yang pernah kerja KFC bagitau, mashed potato dibuat dari tepung seperti itulah. Bukan kentang betul dilenyek.wallahuwa'lam.
I don't have kids.
Tetapi saya pernah mengasuh baby, kanak-kanak dan sekolah rendah.
Makanan menjadi perkara penting di pusat asuhan.
Saya teringat, bagaimana saya cuba mempelbagaikan menu petang, dengan menggoreng cucur kurma, bubur nasi dgn ikan bilis kisar, donut..... berbanding BISKUT.
Ah, saya jemu melihat mereka makan biskut dan air manis.
Memang buat minum petang, terkejar-kejar masa juga. Tetapi they deserve the best food. Macam kita, walaupun 'portion' mereka berbeza, cerewet mereka berbeza. Kita akan sanggup tak makan, jika nampak mereka bersungguh-sungguh menambah masakan kita. Ia perasaan yang tidak terbanding!
Kat laman web Jamie pun ada tentang food revolution ni. Tetapi saya nak tengok sedikit perubahan di 26 buah sekolah di kawasan itu yang menunya, nugget, pizza sebagai lunch. Uhu. Kesian budak-budak, makanan segera dihidang setiap hari. Uhu.
http://www.thekitchn.com/jamies-food-rev-157925
http://www.thekitchn.com/jamie-olivers-food-revolution-112004
Sejak dahulu, meskipun saya ada mengajar qiraati di pusat swasta, saya sedih melihat staf di situ menjual gula-gula dan junk food. Kat depan sekolah ada makcik menjual air gas. Budak-budak yang lapar di waktu petang, menghabiskan duit mereka di situ.
Meskipun minuman itu sedap, janganlah disua-suakan kepada kanak-kanak. Otak mereka baru saja nak berkembang. Uhu.
Meskipun menjual 'cekedis', gula-gula, biskut paket, asam masin, air gas boleh menjana duit, menjadi SUMBER pendapatan.... saya tak galakkan Ma saya berniaga makanan seperti itu. Sejak kecil, Ma saya berniaga gerai. Biarlah walaupun ia cuma goreng pisang, bagi saya ia masih dari buah pisang. haha...
Tapi kita tau kan, minyak goreng macam mana. (Saya mendapat petua untuk homemade pisang goreng - minyaknya, kita guna 1 bahagian minyak sawit, satu bahagian minyak jagung). Memang tak mudah nak sediakan semuanya homemade sebab makanan terproses lebih memudahkan kita di dapur sprti roti, minuman, sos, paste. Tapi kita cubalah kurangkan beli makanan segera sprt sosej, dan sediakan menu utama dari bahan yg fresh.
Fresh food. Itu saja. Nak makan sebagai ulam, atau dimasak apa, terpulang pada kita.
Nota Nurindah: Pengalaman di sekolah dulu, masakan bersup lebih mahal dari yang digoreng. Minuman sejuk lebih murah dari minuman panas/suam. Jenuh nak berjimat duit masa saya berasa kurang sihat and perlukan makanan panas sprt itu. Nak budget sihat, tapi makanan sihat agak mahal utk pelajar sekolah. :)
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Anak k.lin sgt ssh nk mkn kat sekolah sbb dah dididik x junk food.nmpk sgt kat sekolah terlampau byk junk food yg dijual
ReplyDeleteMmmmmmmmm
assalam nur...
ReplyDeletebetul tu..akak setuju sangat...
kita sebagai ibu memainkan peranan atas apa yang anak2 kita makan...
seronok sangat kan bila anak2 selera menjamah makanan hasil dr air tangan kita sendiri..
Salam kak Lyyn,
ReplyDeleteBetul kak? Sekolah tak control makanan kantin? Payah gak tu. Sian anak-anak, kan.
Salam kak mas,
ReplyDeleteya kak. Kita yg didik cara pemakanan anak. kdg2 dorang terpengaruh corak pemakanan di luar. Apapun, kantin kena control makanan jualan yg tak brkhasiat.
Mesti bangga hati ibu bila anak-anak suka masakannya kan? :))