Apakah maksud tidak sempurna?
Di masa kecil sehingga bergelar seorang gadis, saya tidak tahu apa maknanya sempurna. Sempurna pada mata saya ialah.... What I have.
Apa yg saya tahu ialah apa yang saya ada semuanya sudah sempurna.
Meskipun Ma sering keluar berniaga, bagi saya dia seorang yang sempurna.
Meski arwah Abah sering sakit dan terpaksa bergantung kepada abang kakak tiri saya, bagi saya dia seorang yg sempurna.
Meski penghidupan kami adik beradik terpaksa bergantung duit biasiswa, bagi kami apa yang Ma abah bagi... sudah sempurna!
Saya tidak nampak apa yang menyebabkan kami tidak kelihatan sempurna.
Allah dah bagi cukup sifat.
Allah dah bagi cukup makan.
Pakai seadanya, rumah sendiri.
Allah dah bagi kehidupan kanak-kanak yang tak perlu risaukan apa-apa kepada kami 6 beradik.
Mama atau Abah tidak pernah menyuruh-nyuruh kami bekerja di luar semasa kami masih di bangku persekolahan.
Kami dapat meneruskan persekolahan dalam keadaan sesak, sedangkan ada anak oranglain yang terpaksa berhenti sekolah.
Kayakah kami? Sempurnakah kami?
Tidak. Apabila saya dewasa dan mengerti segala, saya mengatakan tidak.
Tetapi tidaklah sampai kami melarat.
Kerana kami cukup dgn apa yg ada.
Mana ada pasaraya yg penuh dgn makanan, mainan, atau keperluan paket yg sedap-sedap masa 90-an di Besut masa itu?
Kami hendak keluar berjalan pun payah. Ma dan abah bergilir mengangkut kami menggunakan basikal sejauh 1-2km semata-mata hendak keluar berjalan. Apatah lagi hendak merayau kat bandar Jertih atau the store di Kota Bharu masa itu?
Tapi kami bahagia begitu.
Merasa naik eskelator sekali sekala,
merasa memegang makanan paket sekali sekala.
Semasa kecil kami dimanjakan SEADANYA.
.....................
Alhamdulillah.
Kewajipan Ma dan arwah abah telah tertunai setakat daya upaya mereka.
Kerana mereka BERUSAHA mencari penghidupan yang sempurna.
Terima kasih Ma dan arwah abah.
....................
Bagi saya... apa yg paling sukar semasa mengharung zaman gadis saya?
Bukan mengikat perut kerana lapar, bukan sebab keputusan wang, bukan sebab adik-adik, bukan sebab arwah abah yang sakit katarak, bukan sebab tensionnya belajar, bukan sebab susahnya mencari pekerjaan.
Tetapi,
pandangan sesetengah kakak abang tiri dan segelintir saudara mara terhadap kami .
yg kadang kala kami terasa kecil sangat apabila disergah, dikata-kata, disindir, yang kononnya berniat menasihat.
Ah,
Saya bukannya buta melihat mana orang yg ikhlas.
Ah.... teringat kisah Luqmanul hakim tentang 2 ayah dan anak, beserta keldai mereka.
Saya rasa mahu menangis,
tetapi
ingin senyum, agar terus kuat mencari erti kehidupan sempurna yang dikata-katakan orang.
Ya Allah, jangan biarkan diriku ralit (rebah) diulit keduniaan.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment