Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Monday, April 15, 2013

Teringat masa menjadi wanita muda (sekarang dah pertengahan ;)


Source, facebook.
Teringat,

Jika dahulu, semasa saya gadis sunti yang merantau, saya hanya mengikutkan kata hati sendiri. Jk hati tidak terasa enak, maka saya tidak melakukannya atau mengucapkan sesuatu. Jika terasa selesa, maka akan kelihatan saya selesa.

Setelah bergelar isteri, saya lebih depends kepada suami untuk menyesuaikan diri dgn keadaan. Hubby selalu memperkenalkan saya dgn tempat dan seseorang yang baru, jadi saya harus menerima keadaan itu dgn berlapang dada. Mencuba-cuba.  Benarlah kata orang kampung saya. Kata mereka, dah kahwin dgn orang Selangor, dah jadi orang selangor la. Saya berasa itu penilaian dan komen yg tajam. :)  Di mana suami berada, di situlah langit saya junjung, di situlah bumi saya pijak. Lama-lama.... setelah bertahun-tahun bergelar isteri, saya berasa penilaian mereka benar, meskipun ia berunsur sindiran. :)

Setelah menonton siri Semanis kurma, episod tinggal bersama mertua. Melihat satu pasangan yang ditemubual, saya terkenang-kenang bagaimana saya semasa mula-mula menjadi isteri.  Takut, terasa bodoh, malu, dan diperhatikan... Ketakutan seorang wanita muda. Ah, saya sering berasa, para ibu-ibu pun pastilah pernah merasai situasi yg sama apabila masuk ke dalam keluarga suami.

Jadi, saya cuma ingin menyenaraikan perkara yg saya hadapi dan cara saya mengatasinya. Manalah tahu, ada bakal pengantin tersesat ke sini. :)



1. Saya cuma berasa, saya milik Hubby, dan hubby pula milik keluarganya. Dan apa yg dirasakan betul ialah dari pendapat suami. Dgn itu, isteri akan berasa selamat dalam pergaulannya dan apa yg dilakukannya, dan suami tidak tertekan. Niatkan nak dapat redha Allah.


2. Dulu saya hanya mengikut-ikut kerana belum kenal sesiapa.  Namun sesuai mengikut peredaran masa, saya makin berdikari dalam pergaulan. Saya sudah pandai melihat. Saya tidak akan memaksa diri ini menjadi seperti Hubby atau keluarga suami. Jika saya rasa selesa dgn seseorang, saya akan Go on, saya tidak akan mengikut-ikut.


3. Meskipun saya selalu berasa dibandingkan, kerana saya memanglah bukan orang Jawa.  Saya orang pantai timur yg  halus perasaannya dan  mahu belajar benda baharu.  Sering ditegur, kerana perawakan saya yg jenis 'cukup apa yg ada'. .  Saya jg memang mudah bertolak-ansur kerana saya mmg anak yg sulung. Tetapi saya tidak akan mengomen makanan atau apa2 layanan keluarga mahupun masyarakat sekeliling terhadap saya. Saya menghormati cara keluarga lain, atau budaya seseorang, atau sesebuah masyarakat. Ya, batasnya, selagi ia tidak menyentuh ttg perasan saya... :))


4. Saya sering meminta Hubby  berhati-hati bagi menjaga hati saya mahupun keluarganya. Kerana selain itu, saya juga anak seseorang/ kakak seseorang.


5. Jangan biarkan kita berasa tidak yakin diri. Wanita sering selalu berasa dibandingkan. Itu harga diri kita . Jd jangan biarkan perasaan itu berlarutan, kerana kita tahu diri kita, dan tak perlu berusaha menjadi oranglain. Ceriakan hati, dan pakailah pakaian yg membuatkan kita berasa cantik dan ia adalah diri kita.Oh, jika kita melakukan sedikit perubahan sekalipun, ia hanya kerana didorong perasaan cinta, dan itu tidak salah.


6. Seseorang mungkin payah bila terikat dgn ikatan dan tanggungjawab.  Saya sering meminta Hubby melihat dari sudut kasih-sayang, belas ihsan dan saling memahami. Dari situ... barulah keluarga yg sebenarnya terbentuk. Jika tidak, tanggungjawab itu akan terasa membebankan, bagi pihak kita, mahupun suami.


7. Corak pemikiran isteri dan suami memang berbeza.  Suami ingin dijaga Egonya dan ingin dipatuhi.  Maka, patuhilah, jgn mengomen dia meskipun kita berasa cara kita lebih betul yg tak semestinya betul .  Isteri pula ingin dihormati  Harga dirinya.  Maka para suami haruslah tidak merendahkan isteri walau dgn apa perkataan.  Jika kita mengelakkan dua perkara ini dan saling respect each other, Insya Allah  masalah kecil dlm rumahtangga  mudah diselesaikan. Selesaikan isu sentimental dulu.


8. Berhati-hati dgn percakapan. Sbg isteri, saya faham Hubby amat menjaga tutur di hadapan ibubapa. Tiada siapa yg tahu apa yg dimahukannya kerana Dia hanya bercakap yg penting2 sahaja. Kadangkala saya perasan, Hubby tidak senang dgn cerita 'orang perempuan' yg saya luahkan di hadapan keluarganya,  atau dgn adik beradik saya. Oh, saya anggap itu biasa-biasa. Corak pemikiran wanita dan lelaki kan, berbeza. Tetapi satu yg saya rasakan jk hati terdetik kurang selesa. "Ah, agaknya suamiku mmg betul2 tidak mahu aku bercerita ttg hal ini kepada orang."  Maka saya akan hormatilah keputusannya.  :)


9. Kita sbg wanita, harus tahu apa yg kita rasakan, dan harus cakap apabila diperlukan. Tiada siapa yg tahu apa yg kita rasakan kecuali kita beritahu. Soal diterima atau tidak, itu hal berbeza. Cuma, pastikan nada suara kita, bukanlah dgn menyindir, atau marah, atau bergurau tak kena tempat. Lembut, dan seikhlas mungkin. Insya Allah...


10. Bila menerima komen yang pedas-pedas. Dahulu, saya cuba untuk menerima ia sebagai gurauan. Sprt yg Hubby selalu pesan. Tetapi, sometimes saya berasa, "Ah, they don't like me".  Meskipun kita rasa down sangat, bila berhadapan dgn seseorang yg mudah mengomen yang pedas terhadap kita atau terlalu brterus terang takde lapik2... saya cuba untuk tidak membalasnya.  Saya cuma harus bertenang, dan menyatakan bahawa saya tidak suka apa yang dikatakannya, tanpa berbalah.


11. Menjaga Hati sendiri, memang tersangat payah. Apabila kita berasa harus kena selalu menjaga hati sendiri, sedangkan suami diam tidak berkata apa-apa atau membela kita. Kita akan  berlapang dada dan husnuzon, berserah pada Allah. Sbg wanita, kita berasa seorang lelaki bukan saja mnjadi imam, tetapi tempat bergantung hati dan perasaan.
Rasulullah menyatakan isteri adalah pakaian untuk suami, dan suami ialah pakaian untuk isteri. Saling menutupi, saling melengkapi, saling mengasihi. Berapa banyak kejayaan  keluarga adalah hasil perhubungan suami isteri yg baik. Jika suami terlupa betapa pentingnya menjaga hati pasangan... salinglah peringatkan,. Jangan memendam rasa, jangan cepat menyerah kepada nasib. Ingatlah, wanitaku sayang...


12. Rahsia memujuk Isteri. Sebenarnya wanita boleh tersenyum, sedangkan hatinya menangis. Boleh merajuk sambil memasak dan menjaga anak. Tetapi tidak semua suami mahu memeluk dan menyatakn rasa kasih sayangnya terhadap isterinya. Usahlah memaksa isteri atau mendesak-desak isteri mematuhi  keputusan atau kehendak suami pada ketika itu. Berilah dia peluang utk dilayani sebagai insan yang berhak menyatakan pendapat dan memilih apa yang disukainya. Apabila perasaan isteri dihargai,.... dia akan menyerahkan dirinya kepada suami dgn sepenuh hati.


13. Kepercayaan. Sbg wanita, kita menyerahkan nasib kita di tangan seorang lelaki yang boleh kita percayai dan boleh membela kita.  Kepercayaan seorang wanita itu penting kerana dia bakal mnjadi ayah kepada anak-anak kita. Kita bakal rela dan patuh dgnnya sepanjang hayat.  Adakah dia juga tidak akan senang hati jika ada saudara perempuannya diperlakukan secara tidak adil oleh si suami? Saya fikir, jika suami mengasihi keluarganya, maka dia juga akan pengasih kepada kita, isterinya. Cabaran lain pasti ada yg menguji kasih sayang kita dan suami. Tetapi bertahanlah!


Saya sedang bersedih atas sesuatu perkara. Doakanlah saya...


 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

2 comments:

  1. Semoga Allah berikan ketenangan buatmu..bersabarlah..(^_^)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, teacher basariah.
    Moga cinta dan kasih jua sentiasa di sisimu,kak.

    ReplyDelete

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers