Apa yang saya dapat sepanjang minggu ini:
1. Orang yang paling kaya, ialah orang yang CUKUP apa yang ada. Allah bagi rezeki atas apa yang kita usahakan.
2.
Source: facebook
3. Cintailmu syeikh nuruddin: solat jumaat dan solat jamak
Mendirikan solat sunat qabliah dan ba'ddiyah, Allah akan kurniakan mahligai untuknya di dalam syurga.
Rayakan hari Jumaat kerana ia sebaik-baik hari . Amalan malam Jumaat, selawat, baca Yasin dan surah al Kahfi..
4 golongan yang tidak wajib solat Jumaat : orang musafir, kaum wanita, orang sakit, hamba sahaya.
Wanita atau di antara golongan di atas boleh bersembahyang zuhur sebaik saja masuk waktu Zohor.
Jika musafir hendak sembahyang Jamak, boleh sembahyang Jumaat, lalu menambah solat lagi untuk jamak asar.
Solat jamak takdim - ada 3 syarat, berturut-turut, solat yg waktu ketika itu dahulu,
Solat jamak takkhir - satu syarat, niat nak solat ba'diyyah sebelum masuk waktu solat kedua. Boleh solat yang mana dahulu.
4. Cerita Chandni chowk to China : dialog seorang pakcik kepada anak angkatnya :
" Takdir kita tidak ditentukan oleh garis di jari (menilik nasib), ia ditentukan oleh (Tangan digenggam kuat - maknanya kekuatan usaha kita ) . "
" Dalam 10 kemahiran yang kita belajar, mungkin satu pun tidak membantu kita apabila kita bertarung. Tetapi ada satu kelebihan yang ada di dalam diri kita yang tak ada pada diri orang lain, mungkin akan membantu kita untuk memenangi pertarungan. "
5. Cerita IP Man : Menunjukkan kasih sayang seorang suami terhadap isterinya, meskipun dia mempunyai kelebihan dalam seni wushu, tetapi dia melayani isteri dan anak-anaknya dgn bertimbang rasa, bertolak ansur dan kasih-sayang. Bahkan dia sangat penyayang terhadap kawan-kawannya, tetapi masih bertegas atas prinsip dirinya.
6. Tanyalah Ustaz tv9: menghargai pasangan:
- Kita isteri jangan ambil kerja Raqib dan atid. Bagi isteri, jangan sampai mengongkong pergerakan suami, hendak melihat perbuatannya betul atau salah.
- Soalan isteri yang dicurangi suami - Ustaz mengatakan, Isteri jangan beremosi, jangan menipu dalam hubungan suami isteri. Tangani dgn bijaksana, dgn kasih sayang, hormat dan saling mengasihani. Cerita dari suhaibweb - isteri yang meminta suami mendukungnya sebulan sebelum diceraikan kerana suami sudah ada kekasih lain.
- Soalan kaum wanita paling ramai di dalam neraka semasa kisah isra' dan mi'raj - ulasan ustaz, kaum wanita harus jaga lidah, mereka yang melaknat suami (mengungkit, mengatakan suami dgn kata kasar, lalu bercerita hal hubungan di dalam bilik kepada orang luar).
Ahli syurga - kebanyakan mereka ialah yang ditindas, kaum yang lemah, membuat banyak kebajikan.
Ahli neraka - mereka yang bongkak, kasar, bakhil lagi sombong.
عَنْ حَارِثَةَ بْنَ وَهْبٍ الْخُزَاعِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الْجَنَّةِ, كُلُّ ضَعِيفٍ مُتَضَعَّفٍ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ ». ثُمَّ قَالَ: « أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ, كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ.
Dan dari Haritsah bin Wahb Al-Khuza'i Radhiyallahu ‘anhu berkata, aku mendengar Nabi shalallahu'alaihiwasalam bersabda, “Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang penduduk syurga? Yaitu setiap orang yang lemah lagi diremehkan, bila sekiranya bersumpah atas nama Allah, niscaya dia penuhi. Maukah aku kabarkan kepada kalian tentang penduduk neraka? Yaitu setiap orang yang keras lagi kasar, bakhil dan sombong.”
diriwayatkan Al-Bukhari (4918) dan Muslim (2853) Sumber hadis (Hadisnya sama dgn yang ustaz ulaskan pada pagi tadi)
- Soalan adakah suami juga ditarik ke neraka - ulasan ustaz, Ar Rijalu qawwamu alannisa' (lelaki ialah pemimpin kaum wanita). Jika suami selalu membuat kebajikan, bersifat baik, mungkin dia mndapat syurga. Tetapi jika suami juga seorang yang tidak baik dan selalu membuat maksiat, suami juga akan menjadi ahli neraka.
- Ustaz menegur sikap para ibu, yang mudah mengatakan "Ibu tak redha jika kamu berkahwin dgn perempuan itu ", " Ibu tak halalkan " hanya kerana tidak suka kepada calon pilihan anak.
Anak-anak hendak membuat maksiat atau mengikut syariat agama? Sebaiknya ibu mendoakan anak dan memudahkan mereka. Jangan diturutkan sakit hati.
Jika ibu si Tanggang berdoa : Ya Allah, hanya Engkau yang boleh membolak-balikkan hati, kembalikanlah hati anakku kepadaku, dan bahagiakanlah dia suami isteri.
Maka tidaklah si tanggang bertukar menjadi batu.
Kata-kata ibu boleh menjadi doa. Maka ibu haruslah jaga lisan terhadap anak-anak.
7. Amalan yangboleh meningkatkan darjat kita:
Memberi salam, memberi orang makan, dan bertahajjud malam. (Sumber nota kuliah masjid rakan facebook Telekung project).
9. nasilemakkopiO : seorang penulis buku kekeluargaan menyatakan, " Sekarang ini, ramai pasangan menuntut hak, bergaduh di mahkamah. Mereka selalu menyalahkan third party. Isu orang ketiga yg menyebabkan mereka bercerai. Sebenarnya ia isu orang kedua saja, iaitu diri kita sendiri.
Sebenarnya hanya orang yang bersalah pergi ke mahkamah. Sedangkan di antara pasangan dua suami isteri, selalunya ialah Salah Faham. Salah faham diselesaikan di dalam rumah sahaja. Tiada orang yg salah di dalam rumah kita, ia hanya sebab tak saling faham.
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMasyaAllah,tabarokallah...banyaknya ilmu yang dikongsikan.
Perenggan terakhir tu tentang pasangan suami isteri yang ke mahkamah,sebenarnya boleh diselesaikan sendiri dengan mengenepikan keegoan masing-masing. Walaubagaimanapun sukar untuk yang telah tidak ada perasaan kasih sayang...seolah-olah sememangnysengaja nak berpisah.....yang kasihannya kekesalan timbul setelah keputusan dibuat.