Minggu sangat sibuk. 11 Jamadilakhir dah.
1) 28hb : Ahad, Kuliah syeikh nuruddin, kitab nafis.
Kuliah pengajian terbaru. Klik Newtab.
2) 26hb April - 5 Mei : Pesta Buku Antarabangsa.
3) Kita tengok dulu SALE dan buku baru : plan!
https://www.facebook.com/psnpublications
http://www.facebook.com/bukupts
https://www.facebook.com/galeriilmu
4) 5 Mei - Mengundi. Tanggungjawab juga tu kalau tak kita tak pilih, nanti ada yg calonkan diri sendiri..:)
Moga-moga bakal anak cucu, dapat hidup dlm kepimpinan yg telus dan adil. Takde lagi isu fitnah dalam kepimpinan, huru hara kerana isu hukum mengkafirkan. Amin!
5) Minggu ini, last siapa nak hantar borang cukai pndapatan, nak REBATE! :)
Nota Nurindah: Jangan kotorkan hati dgn perkara fitnah (yg tidak tahu siapa pnyampainya). Jangan sakitkan hati sendiri dgn perkara remeh, sprt kenapa masa pilihanraya nak kena guna dakwat kekal?
Aduh, atap rumah bocor, poket bocor, lebih perlu dirisaukan lagi. Ni nak raya... sape yg nak risaukan untuk kita? Yup, beraya itu harus bersederhana, tetapi kena ada duit juga untuk mmbeli barang keperluan mnjamu tetamu (harga barang mendadak tinggi) , hadiah utk anak kecil, sedikit keperluan pakaian raya, belanja minyak dan keperluan pulang beraya di rumah ibubapa, takkan nak balik berjumpa ibubapa dengan tangan kosong, kan?
Seperti anak yg dah dewasa, haruslah kita bersikap dewasa. Belajar memilih, belajar berfikir bukan hanya ikut-ikut, berjimat dan belajar mengharung kesusahan. :)
SUAMI
Suami adalah anugerah Allah kepada wanita yang bergelar isteri. Ia hanya dipinjamkan dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan Tuhan. Entah bila berakhirnya. Mungkin esok atau lusa. Entahkan sebentar lagi..
Ambillah peluang di masa terluang untuk menghidangkannya walau secawan kopi dengan penuh keikhlasan di hati.
Berapa ramai wanita di luar sana yang tidak mempunyai peluang itu. Berapa ramai juga yang telah terlepas peluang itu.
Sungguh. Tiada satu pun makhluk ciptaan Allah yang kekal selamanya. Hanya Cinta Allah yang Abadi.
source: http://muhdkamil.org/pensyarah_tamu/roza_roslan
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment