Salam mesra dan kasih,
:)
Sangat suka menonton Man jadda wajada (Siapa yang berusaha, dia akan berjaya) , atau sambungan pepatah arab ini... wa man zara'a, hasoda ( dan siapa yang menanam, dia akan mendapat hasilnya) .
Saya suka melihat peluang bisnes dalam siri itu, kerana ia menyediakan rancangan utk membina sebuah perniagaan.
Orang kata, jika hendak berniaga, janganlah pedulikan kata orang yg hanya mahu menjatuhkan semangat kita. Dengarlah kata-kata yang menaikkan motivasi kita. Sbg insan, kita takkan terlepas dari komen oranglain yg suka menilai begitu dan begini terutamanya sekiranya mereka mengenali siapa diri kita. Kiranya cakap takde lapik dah...
Saya dah banyak melihat blog orang yg berjaya mengenengahkan konsep mereka, dgn melalui komen, sindiran dan cacian orang. Termasuklah mereka yang ingin lari dari kebiasaan orang iaitu berhutang kad kredit, mereka sanggup menjalani gaya hidup yang sempit agar boleh bebas dari hutang. Mereka yang menjalankan homeschool untuk anak-anak, kerana mereka berasa ada kelayakan untuk mengajar matapelajaran yg setaraf dgn matapelajaran di sekolah.
Pelbagai konsep, tetapi mungkin lari dari kebiasaan orang....jadi jika kita berasa cara itu amat membantu membina kehidupan kita, dan oranglain hanya melihat sahaja... lakukanlah apa yang terbaik utk keluarga kita.
Saya inginkan perniagaan yg berkat, tapi konsepnya luas. Jika berniaga pun, saya inginkan kemajuan dalam keluarga kami, bebas pergantungan dari oranglain dan supaya boleh berbelanja tanpa berhutang piutang. Oh, bukan kerana ingin memuaskan nafsu wanita saya utk berbelanja atau berjalan-jalan. Ia untuk masa hari tua kami, Insya Allah!
Bahan sampingan selain makan, pakai, dan tempat tinggal? Iaitu kenderaan yg baik, anak-anak yang diberi pendidikan yang sempurna dan layanan yg adil , insurans kesihatan dan medical, wang belanja apabila diperlukan :)
Ada beberapa konsep perniagaan yang ada di fikiran saya:
1. Jika menjual tudung, biarlah ia menepati asas syarak dan tak terlalu mahal. Prasyarat tudung tidaklah sehingga berlebihan. Utk instant, kerana kebanyakan kita sudah jarang mengenakan brooch. Kelemahannya jika awning dah rosak/berkedut atau fesyennya bertukar, jadi ia dah tak relevan lagi dipakai. Malahan jadi membazir pula. Jadi, harganya biarlah berpada-pada.
2. Jika menjual produk makanan, biarlah ia sedap di lidah tetapi 'sedap' juga di dalam badan kita. Campuran bahan tidak mengandungi syubhah. Yg penting meskipun makanan itu cantik berhias, jika ia produk yang tidak selalu dimakan, harganya harus berpada-pada. Produk yang selalu dibuat, kualiti rasanya harus tidak kurang. Jikalau menggunakan konsep perkilangan sekalipun, utk pengulian, membentuk , memotong dan packaging, kebersihan mesin harus jangan diabaikan dan itu memerlukan modal maintenance berkala dan lebih pekerja. Produk makanan ni, yg penting juga kita tahu nilai nutriennya, barulah boleh diketengahkan ke peringkat tinggi.
3. Jika menjual pakaian, meskipun konsep pakaian harus menepati syarak, konsepnya masih luas. Ada pakaian dalam, ada pakaian hanya sesuai dipakai di bilik tidur, ada pakaian di dalam rumah, dan pakaian sempurna ialah untuk di luar rumah. (Fesyen pakaian sebenarnya tidak perlulah mengikut ikon artis atau acuan barat, jepun atau korea.) Sepatutnya pakaian di dalam rumah harganya lebih murah kerana ia akan cepat lusuh kerana hari-hari dipakai. Tetapi bukan kita yang menguasai perkilangan pakaian, jadi kita tak mampu menentukan harga pasaran. Pakaian untuk di luar pula terlebih mahal harganya sehingga kita terpaksa melebihkan gaya.
Yg saya nampak, fesyen yang harganya murah tetapi masih cantik ialah.....baju kurung, kan? Dipakai dalam rumah cantik. Di luar rumah pun cantik.
Nak lagi murah.... jahit sendiri, macam-macam fesyen boleh dibuat.
6. Jika menjual barang sampingan lain sprt brooch, handbag, peralatan dapur, makanan kesihatan, produk kebersihan diri dan rumah, haruslah menepati kehendak pasaran. Kebanyakan orang mementingkan jenama kerana hendak membina jenama itu bukan mudah, banyak pengiklanan dibuat, banyak agen, banyak R&D(research and development) dibuat. Seperti yang kita tahu, produk organik agak mahal harganya tetapi jika ada jalan untuk mengusahakan barangan 'green' sprt water saving, energy saving, boleh kitar semula, utk orang allergy, makanan berkonsep vegetarian... ia juga memenuhi kehendak pasaran.
7. Jika dalam sektor perkhidmatan, macam-macam boleh dibuat. Modalnya ialah tulang empat kerat kita saja. Jika ada permintaan, buatlah. Yg penting, kita menjaga masa kita utk mengurus perniagaan di samping mengurus keluarga. Jangan diri kita diurus oleh bisnes- tetapi kita yang mengurus bisnes dan masa.
8. Jika jadi pembekal pula, memang sukar hendak tentukan harga, kerana bergantung kepada pihak kilang.
Aih! Banyak kan peluang?
Nota Nurindah: Seseorang akan lebih menghormati kita, apabila kita mengenali dia dan menjalin hubungan baik dengannya, semasa dia tidak mempunyai apa-apa. Meskipun sekarang dia menjadi seorang yg lebih berjaya. Dgn syarat, kita tidak pernah menyakiti hatinya atau pernah merendah-rendahkan dia. :)
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment