Alhamdulillah, setelah berpusing-pusing, kami sampai di madrasah as Syakirin berpandukan GPS. Orang yg bukan sekitar Ampang seperti kami, agak 'blur' dengan suasana kawasan kejiranan KL itu. Tetapi, demi untuk mendengar tazkirah oleh Habib Ali tentang Isra' Mi'raj, semua itu sanggup diredah. Yalah, lain ustaz, lain isi dan penyampaiannya. :)
Lebih-lebih lagi kelmarin ialah jatuhnya hari 27 Rejab. Beruntung para jemaah madrasah as Syakirin.. :)) Oh, saya ubah tajuk post yang kelmarin tu. Ada sebab tersendiri. Nota tazkirah semalam ni panjang, tetapi ada isinya. Jika sudi, bacalah. :)
Sumber nayzak gallery arts
Menguji keyakinan orang Mukmin terhadap mukjizat Allah.
- Allah meminta nabi Musa mengenang hari-hari kebesaran bani Israel. Seperti hari di mana laut terbelah semasa Allah menyelamatkan kaun bani Israel yang beriman dari kejaran Firaun. Ia jatuh pada 10 Muharram.
- Semasa kaum Yahudi berpuasa kerana mengenang hari tersebut, Rasulullah SAW telah bertanya apakah yang diraikan. Mereka berkata ia mengenang hari di mana Nabi Musa dan bani Israel diselamatkan. Rasulullah menjawab, kami lebih berhak untuk meraikan hari itu. Lalu baginda berpuasa.
-Justeru, kita ummat Nabi Muhammad perlu mengingati hari kebesaran nabi kita, Nabi Muhammad SAW terutama kejadian malam Isra' dan Mi'raj.
- Isra' dan Mi'raj ialah perjalanan nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, ditemani Jibril, atas perintah Allah. Sepanjang perjalanan Rasulullah diperlihatkan keajaiban-keajaiban yang tidak terjangka dengan akal manusia.
Di antara kisah perjalanan itu, Rasulullah ditunjukkan syurga, dan baginda terdengar langkah kaki Bilal. Baginda tertanya kelebihan Bilal sehingga baginda sudah terdengar langkah kaki Bilal di syurga sedangkan Bilal masih hidup di dunia. Apabila ditanya kepada Bilal RA pada satu hari, Bilal menjawab " Tidak pernah aku batal wudhuk , kecuali aku mengambil semula wudhuk , lalu solat sunat 2 rakaat sunat wudhuk ". Allah sayang orang yang bersuci, bila kita mengambil air sembahyang, bermakna kita dalam suci hadas kecil.
Kemudian, Rasulullah juga bertemu sebuah istana di syurga, ia milik saidina Umar al Khattab. Tetapi Rasulullah segan nak masuk, kerana Umar al Khattab RA terkenal dengan sifat berani dan garang.
Apabila diceritakan hal itu kepada Umar, Umar berkata " aku amat mengalu-alukan kedatanganmu wahai pesuruh Allah ". Ia merujuk dgn sifat Umar al Khattab yang lantang mempertahankan Rasulullah dan agama Islam pada waktu umat Islam ditindas, sehinggalah umat Islam kuat. Pernah ada orang Badwi mahu membunuh Rasulullah kerana dia mendengar Rasulullah menjadi punca perpecahan kaum Quraisy. Bila Badwi itu memberitahu hajatnya, Umar terus bangun ingin berlawan dgn Badwi itu. Tetapi Rasulullah memintanya duduk kembali. Lelaki Badwi itu membawa seekor biawak di dalam bajunya, dan berkata aku takkan beriman kepadamu sehingga biawak di dalam lengan bajuku ini mengakuimu sebagai pesuruh Allah. Dengan izin Allah, bila Rasululah bertanya kepada biawak itu, lalu biawak itu berkata-kata. " Tuhanku ialah yang di langit ( dan yang mempunyai juga menciptakan seluruh isi dunia) , dan engkau ialah pesuruh Allah." Dgn rasa takjub, lelaki Badwi itu mengucap 2 kalimah syahadah. Dia diberi hadiah berupa makanan dan unta oleh para sahabat. dan membawa berita itu kepada kaumnya yang sedang bersiap-siap mahu memerangi Rasulullah. Akhirnya kira-kira 1,000 orang telah masuk Islam. Tidak lupa, lelaki Badwi itu juga meminta satu amalan untuk diamalkan dari Rasulullah, dan Rasulullah mengajarnya satu surah ( Qulhuwallahu Ahad..), yang mana mengamalkan surah ini pahalanya seperti membaca 1/3 al Quran.
Kaum Kafirin banyak bergantung kepada kekuatan Akal, kerana dia tiada Iman.
- Akal ialah alat untuk memahami perkara yang BOLEH difahami oleh akal.
Sedangkan kekuatan Iman dan Aqidah dapat menerima sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal.
- Seperti itulah Abu Jahal, apabila mendengar perjalanan Rasulullah dari masjidil haram ke masjidil Aqsa ( Mekah - Palestin) dalam satu malam. Hanya orang yang beriman dapat menerima berita itu, kerana orang Mukmin, Akalnya Luas dan Imannya Dalam kepada mukjizat Allah.
- Sepertimana kisah Nabi Sulaiman memindahkan istana Ratu Balkis. Yg memindahkan itu bukan jin, tetapi seorang manusia yang alim, pembantu nabi Sulaiman yang memindahkan istana Ratu Balkis itu dalam kerdipan mata. Ia tidak terjangkau dgn akal, tetapi ia anugerah Allah.
Sidratil Muntaha
- Satu tingkat di langit yang ke -7.
- Rasulullah menemui Jibrail kali kedua di Sidratil Muntaha. Tetapi hanya Rasulullah dapat membusi, atau naik ke atas Sidratil Muntaha. Jibril tidak dapat melepasi kawasan itu. Dan di tempat yang tidak diketahui oleh Jibril atau sesiapa, di situlah Rasulullah menerima ketetapan Solat 5 waktu oleh Allah.
Rasulullah, setiap kali mendengar Bilal melaungkan azan, baginda seronok untuk solat. Seronok untuk bertemu Allah. Sebab itulah, Solat seolah-olah berada di hadapan Allah. Kerana diterima ketetapan solat itu oleh Nabi Muhammad SAW di satu tempat khas yang hanya Allah dan RasulNya sahaja yang tahu.
Semasa Solat kita sebenarnya melihat Allah secara ma'rifat dan ubudiyyah (pengabdian)
Rasulullah pernah menerima wahyu semasa sujud. Ia di waktu malam, Rasulullah meminta dari Aisyah untuk bersendirian dgn Allah, lalu baginda solat sunat dan sujud lama tidak bergerak-gerak , sehingga saidatina Aisyah takut jika nyawa Rasulullah diambil Allah. Bila saidatina Aisyah menyentuh, barulah baginda mengangkat sujud. (Maaf, saya tak sempat catit ayat al Quran yang diturunkan masa tu)
Perjalanan Isra' dan Mi'raj ini menunjukkan kemuliaan Nabi kita, ( penutup semua nabi-nabi utusan Allah). Dan kita beruntung, kerana berada di dalam sebaik-baik Ummat, umat nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad diutuskan untuk membawa risalah kepada SELURUH UMMAT.
Sedangkan para nabi dan rasul yang lain, ada yang menerima risalah untuk dirinya saja, atau kaumnya sahaja.
Sedangkan ada kisah seketul batu yang sentiasa mengucap salam kepada baginda setiap kali baginda melalui jalan itu. Ada kisah serigala yang menyampaikan berita kenabian kepada orang Badwi sehingga orang Badwi itu brjumpa kepada nabi lalu memeluk Islam. Ada kisah Rusa yang menepati janji apabila dilepaskan Rasulullah dari ikatannya untuk menyusukan anak-anaknya, lalu kembali untuk diikat, lalu Rasulullah meminta rusa itu dari empunya rusa, itu seorang Badwi. Badwi itu melepaskan rusa itu demi Rasulullah. Kenapa pula kita sebaik-baik ciptaan yang mempunyai akal tidak mahu mengakui kemuliaan Rasulullah SAW sebagai utusan Allah?
Setiap nabi yang diutuskan Allah, apabila diutuskan, mereka diberi perjanjian oleh Allah. Sekiranya datang seorang Rasul yang bernama Muhammad, bantulah dia, sokonglah dia. Begitulah kemuliaan nabi Muhammad.
Nabi Musa pernah meminta beberapa permintaan kepada Allah.
" Saya melihat ada satu kaum yang diciptakn Allah, apabila mereka berazam nak buat baik tetapi tidak melakukannya, mendapat ganjaran 1 pahala. Jadikanlah mereka ummatku.
Allah menjawab, mereka ialah ummat Nabi Muhammad.
" Saya melihat ada satu kaum yang apabila mereka melakukan kebajikan, mendapat pahala 10 kali. Jadikanlah mereka ummatku. "
Allah berkata, mereka ummat nabi Muhammad.
" Saya melihat ada satu kaum apabila mereka membuat 1 kejahatan, diberi olehmu 1 dosa. Jadikanlah mereka ummatku."
Tidak, mereka ummat nabi Muhammad.
Nabi Musa menangis...
"Jika begitu, jadikanlah diriku sebagai ummat Nabi Muhammad"
Tetapi tentu tidak, kan, sebab nabi Musa ialah nabi bani Israel.
Semasa dalam perjalanan pada malam Isra' Mi'raj, Rasulullah melihat nabi Musa menangis. Bila ditanya, nabi Musa menceritakan " Ada nabi setelah aku, ada ummat setelah aku, yang dikurniakan ganjaran pahala yang banyak oleh Allah. " Nabi Musa cemburu dengan nikmat-nikmat yang diberi kepada ummat akhir zaman, ummat nabi Muhammad, iaitu.... KITA. Kenapa pula kita tidak berbangga?
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
salam ukhwah,
ReplyDeletebanyak ilmu di sini rupanya... tqvm for sharing..
Salam ogyyep,
ReplyDelete:) sama-sama. yang mana akak sempat catat. Kuliah habib Ali memang senang nak diikuti dan difahami.