Assalamualaikum,
Terasa ingin menulis, tapi rasa segan pula. Tidak kisahlah orang membaca atau tidak, saya agak sibuk menguruskan perpindahan rumah. Masih tidak tahu hendak membeli barang baru atau tidak, buat kitchen cabinet atau tidak. Suami saya amat berhati-hati orangnya dlm pngeluaran duit. Saya pula tidak mahu berharap tinggi (nanti sedih). Dapat rumah sendiri setelah 6 tahun, adalah satu penghargaan suami terhadap saya. Dan bersyukurlah. Rumah baru, tak semestinya barang2 di dalamnya baru, kan? :)

Saya menyentuh soal lain. Bila terbaca tentang kesedihan seorang anak yang tidak sempat memenuhi 'sedikit' keinginan ibubapa kerana kesibukannya (atau kejahilannya dahulu untuk memperuntukkan sedikit masa), dengan tiba2 ibu atau bapanya meninggal dunia. Apabila dia sekarang cuba memenuhi sedikit permintaan bapa atau ibu saudaranya yang sudah tua, dia berasa sedih sangat kerana kesal kerana dahulu dia tidak begitu dgn ibubapanya.
Sebenarnya....
Beruntunglah ibubapa kepada anak itu, kerana mereka meninggalkan anak yang Soleh yang boleh diharap, mahu berbakti kepada keluarga saudara mara yang telah tua, bahkan tidak meninggalkan anak yang menyusahkan semua orang. Ibubapa itu mendapat 'Saham' untuk akhirat kelak. Meskipun mereka tidak mengecapnya semasa hidup, itu kehendak Allah.
Janganlah berharap anak kita akan berbakti pada masa kita hidup. Berharaplah kita meninggalkan anak yang soleh, yang mahu mendoakan kita setelah kita mati nanti, yang bersikap baik kepada saudara mara kita, dan dibangga-banggakan kerana kitalah yang telah mendidiknya.
Hakikat, tak semua ibubapa yang sempat merasa jasa anak-anak, kadang-kadang anak itu masih enjoy dengan hidupnya, masih tak matang, atau masih terlalu sibuk utk meluangkan sedikit waktu untuk memenuhi dgn permintaan ibubapa atau menjaganya semasa sangat uzur. Sangat beruntunglah ibubapa yang sempat merasa semasa kesenangan itu hayatnya. Itu nikmat Allah, tapi ramai juga yang 'diuji' dalam nikmat itu. Ibubapa yang tua diberi kesenangan dan kemewahan tetapi tidak mendapat kasih-sayang dan perhatian...
Pernah tengok cerita 'My name is Khan?'. Kisah seorang lelaki yang menghidap sindrom asperger, yang otaknya seperti kanak-kanak. Semasa kecil, ibunya bersusah payah membantu perkembangan otaknya, dan membawa dia blajar dgn seorang profesor, kerana dia cekap mengingat dan membaca.Dia diasuh ibunya sebaik mungkin, melebihkan dia berbanding adiknya Zahir. Zahir tidak mengerti, sangat cemburu dengan abangnya. Setelah zahir dewasa dan berpindah ke Florida, Zahir mahu membawa ibu dan abangnya ke sana, tetapi tidak sempat kerana ibunya yang menghadapi masalah kesihatan terlebih dahulu meninggal dunia, tanpa sempat bersenang lenang menghadapi Usia Tua bersama anak-anak yang telah berjaya dalam hidup.
Hakikat kan? Beruntunglah ibubapa yang sempat merasai kebaikan anak. Namun, janganlah kecewa bagi anak-anak yang tidak sempat membalas jasa ibubapa. Kematian ibubapa bukan penghalang kita menjadi anak yang baik, selagi nama kita ber 'BINTI' ibu ayah kita, selagi itulah kita dinasabkan kepada mereka, dan kebaikan yang kita buat, nama ibubapa kita jugalah yang disebut-sebut.
Jadi, adakah perlu kecewa kerana anak tidak memberi apa yang kita mahu; Atau memberi kemajuan dalam pelajaran seperti yang kita ingini; Atau memberikan sikap yang matang untuk menjadi contoh kepada adik-adik; Atau kerana kesibukan yang menyebabkan anak kita tidak boleh memenuhi setiap permintaan kita?
Apa yang boleh dibuat?
Berdoa. Berdoa. Berdoa agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh, semasa kita hidup... HATTA, ia tidak tamat setelah ibubapa meninggal dunia. Bahkan pohonlah mereka lebih banyak baktinya setelah ibubapa tiada. Janganlah kisah sangat meskipun mereka tidak mampu berbuat bakti yang banyak semasa hidup, tetapi berharaplah kita sentiasa mendapat 'hidangan' yang lazat dari Allah semasa di alam barzakh, atas amalan dan kebaikan yang anak-anak kita lakukan.
Sekecil perkara, dan sesempat mungkin, kita sbg anak-anak berusahalah penuhi permintaan Ibubapa, meskipun masa yang kita peruntukkan terlalu sempit. Janganlah risau, ibubapa juga pernah menjadi seorang anak, mestilah mereka juga memahami keadaan kita.
Sesungguhnya kehidupan itu untuk bekal Akhirat. Kita laksanakanlah tanggungjawab kita, dan 'hasilnya' kita akan kecapi di hari Akhirat kelak. Jangan terlalu berkira atau kecewa dgn apa yang kita ada, atau apa yang kita dapat. Itu kehendak Allah.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalamualaikum indah.
ReplyDeleteUntuk membalas segala jasa mereka apatah lagi jika mereka telah kembali dahulu ialah dengan menjadikan diri kita menjadi seorang yang solih,cukup untuk membantu mereka.
Tapi sukarnya jalan kesitu ye!
waalaikumsalam, makbonda
ReplyDeleteSaya setuju, jalannya sukar..
Kita lakukan yang terdaya dan sebagus mungkin.
Harapan saya, saya juga menginginkan bakal anak-anak saya juga bersikap begitu, tidak jemu bersikap baik dan berusaha melakukan kebajikan...