Bagaimana hari ini? Moga semua dalam keadaan sihat sentiasa.
Saya hanya ingin berkongsi hebahan. Tidak berniat apa-apa. Rasa letih hari ini, saya dan suami baru siap 'berkebun' di hadapan rumah baru. Er.. mencabut rumput sebenarnya. hehe...
MALU KE SURAU DAN MASJID?
Saya banyak kali ditanya orang, ada mengikuti kuliah-kuliah lain tak ? Saya kata, saya hanya mengikut suami. Suami sempat pergi, saya pergilah. Jika tidak sempat, maka tidaklah.
Adakah itu jawapan yang menjengkelkan hati orang? Saya hanya senyum melihat kerlingan mata mereka. Biarlah. Biarlah komen-komen mereka...
Jika ingin belajar, pergilah ke mana-mana pun. Jangan hiraukan pandangan orang.
Dekatilah masjid, jangan berasa rendah diri jika orang komen anak-anak kecil anda tidak mesra masjid, sangat mengganggu orang, atau anda sendiri tidak mesra masjid. Beritahulah, anda sedang istiqamah dan sedang berusaha melatih anak-anak menjaga tertib mereka.
Pergilah kepada orang yang menyambut kedatangan kita dgn gembira. Tanpa berharap apa-apa dari kita, dan hanya berharap kita belajar sesuatu di situ.
Percaya atau tidak, kerap kali, .... saya dihidangkan keluhan AJK masjid, mereka berharap kita membantu dalam acara-acara mereka. Saya menelan air liur. Oh, daripada kita mahu mencari sesuatu dalam dunia ilmu dan ukhrawi, mereka berharap bantuan tenaga kerana kita 'Orang Muda'. Saya tidak tahu dgn konsep itu.
Bukankah konsep membantu itu dengan kemesraan, dan ikatan ukhuwwah. Jika kita masih takut-takut , dan suami pun masih sibuk dgn dunia kerjanya. Bagaimana kita? Langkah seorang isteri tidak sebebas suaminya. Itulah konflik saya bertahun-tahun yg lampau sejak bersara dari kerja, dari usia 25 tahun seawal perkahwinan .
Namun kini, saya semakin berani dan semakin ingin mencuba. Saya telah berjaya membuang ketakutan saya. Sepertimana keberanian saya smasa bujang yg merantau dahulu.
Apa sekalipun, KEIKHLASAN amat penting. penting sangat, ia hadir tidak dipaksa-paksa kerana cinta kita kepada sesuatu. Ada seorang tokoh pernah menjawab, bagaimanakah untuk kita rajin atau istiqamah dalam suatu pekerjaan. Rasa malas atau rasa putus asa sering hadir. Jawapan beliau ialah khusyuk. Dengan khusyuk, kita semakin rajin dalam pekerjaan kita tanpa kita sedar.
Ilmu agama ini ibarat Air yang menghilangkan dahaga. Biarlah kita mmpunyai ijazah setinggi mana, kita tetap perlukan keperluan Rohani iaitu orang menasihati kita.
Cinta Ilmu, dalam kesetiaan dan kepatuhan kita kepada suami dan urusan rumahtangga. Insya Allah, ia dipermudahkan.
Jangan dekati jemaah yang mengumpat, jangan dekati jemaah yang tidak melarang anaknya berbuat bising atau makan berselerak di kawasan solat, jangan dekati wanita yang kurang menjaga tertib di dalam masjid. Insya Allah, kita mudah mencintai Ilmu dan kita mudah masuk dengan Ilmu, meskipun kita hanya pergi sekali seminggu.
Yang penting, ilmu bermanfaat. Pergi jauh-jauh , atau kerap sekalipun, tetapi kita tak amalkan, seperti tiada guna.
Jangan Sukzon (bersangka buruk) kepada jemaah wanita lain.
Syeikh Nuruddin mmberitahu, ada satu kisah seorang sahabat menyampaikan kata-kata Rasulullah, bahawa, " Benarkanlah isteri dan anak gadis kamu ke masjid". Tetapi bila ada seorang sahabat yg lain telah melarang isterinya dan saudara perempuannya pergi, kerana dia melihat ramai wanita berhias-hias diri dan bergaya untuk ke masjid. Sahabat yg menyampaikan kata-kata Rasulullah tadi, telah memarahi sahabat yg tadi. Sesuatu yg dibenarkan Rasulullah, jangan pula kita bantah hanya kerana melihat diri atau perilaku seseorang. Yang dibenarkan, tetap dibenarkan. Tetapi haruslah si suami faham dan mengizinkan, barulah elok.
Pergilah, ke kuliah mana pun. Dekat atau jauh. Yang penting, pengamalan ilmu itu dan penghayatan di dalam diri kita. Ilmu agama itu amanah. Siapa yang tahu, lalu menyembunyikan, ia salah. Siapa yang tahu tapi bertangguh-tangguh untuk mengamalkan, dia termasuk dalam golongan orang yang menipu diri sendiri dan lemah iman. Na'uzubillah min zalik.
Acara Israk Mikraj ini hebahan semata, dari facebook Darul murtadza. sebab saya sendiri tidak tahu sempatkah pergi ke majlis Israk Mikraj dengan Habib Ali ini . Insya Allah, panjang umur, mungkin kita bertemu di sana. Berusahalah kita menjaga solat... :( dan perbaikilah. Di malam Israk Mikraj inilah baru kita teringat tentang masjidil Aqsa dan juga ketetapan Solat 5 waktu.
Salam Israk Mikraj. :)
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment