Alhamdulillah, fikiran saya makin lega. Kipas dah beli satu, kontraktor pun dah jumpa.
Nak buat apa kontraktor? Hurm, bersusah payahla saya meyakinkan hubby. :) Bukan mudah, sebab ni first time beli rumah nak duduk sendiri. First rumah, ialah pelaburan hubby, low cost apartment, dah bagi sewa. Kali ni rumah teres setingkat..
Jadi kami takde pengalaman cara nak pindah untuk duduk sendiri.
Jenuh saya mencari 'pengalaman orang nak pindah rumah' kat internet. Rumah mereka besar-besar wo..., renovation pun besar... mestila sesuai nak letak kat internet. Tapi saya amat terhutang budi sebab mereka bagi list dan panduan. Bila saya buat kira-kira design macam diaorang.... gulp! rata-rata 20k lebih untuk reno sahaja. Kami? Oh, Saya batalkan niat dan design saya one by one. Inilah pengaruh internet.... :D
List saya tak banyak macam oranglain, sebab kami ni beli rumah, duit loan rumah direct masuk akaun pemaju. Sesen pun takde masuk akaun kami, kira rumah siap, tapi beli dari pemaju. Depo dan lain-lain semua duit sendiri. Kwsp pun dah tak bole claim sbb dah lepaskan untuk first house. Takpela, sebab kawasan BB ni, nilai tanahnya belum naik, kami pula menetap kat sini. Sedangkan 'nilai tanah' low cost aprtment suami kat Botanic tu naik setiap tahun.
Ramai yang jual first house bila nak beli rumah kedua, tetapi, kami sayang, sebab nilai tanah botanic tu tinggi, meskipun luasnya 6++ sqf jer, kena bagi sewa murah. Masalah utama.... pening bila penyewa buat hal :) Takpela, dah nak habis pun loannya buat harta anak cucu.
Sebelum ini, kami berkira-kira nak pilih kontraktor mana, cari kat mudah.my la, cari kat kain rentang depan masjid la, tanya kawan-kawan la. Yalah, bajet macam siput.. hehe, tapi nak workmanship tip top punya , aduhai! Kalau boleh, sekali kontraktor tu buat, biarlah Ok, takde dah nak buat balik selepas tu.... kalau dia bagi cost pecah balik, kita pulak yang menangis.
Kebetulan kontraktor itu dah biasa buat perumahan baru kami. Dia berjanji sediakan quotation, dan kami tak perlu berikan ukuran sempoi kami untuk dia, sebab semua ukuran ruang rumah dia dah ada dari customer yang lepas-lepas. Fuh! Alhamdulillah, lega sikit nak bercerita benda-benda yang saya 'imagine' kat kepala ni. Biasalah, orang perempuan suka 'oter' macam-macam.
Ikutkan hubby, tak mo fikir banyak dan hangkut barang-barang macam 'koboi', pindah terus. Tetapi saya rasa tak kena, rasa tak sedap . Saya mintak macam-macam, nanti kena marah pula. Sebaliknya, saya atur duit yang ada, dan bakal ada untuk keperluan itu satu persatu. Kira 'cerah' sikit pandangan hubby. Barula dia nak... huhu. Selepas itu..... My hubby pula yang bersemangat. :))
Alhamdulillah. Sekarang quotation yang itu jerla saya tunggu. Mahal, ke murah, saya rasa nak yang itu jer, sebab dia dah biasa buat rumah jiran-jiran baru kami. Keluasan ruang pun tahu. Senang nak kawtim, ngeh... kalu mahal, siap dia saya bagitau bekas costumer2 dia. hikhik... ;)) Takdela, mesti dia tak berani 'ketuk' kepala kita punya, sebab jiran-jiran baru kami tu, bekas costumer dia. Moga-moga... :)
Macam-macam... sebab rumah dah siap 4 tahun. waranti pun payah dr pemaju.
- Ada bocor skit, linking,
- Nak tukar kedudukan paip ke tingkap
- Nak buat wayaring,
- Mozek lagi...
- Air yang slow,
- Mungkin pecah sana sini sikit.
Itulah renovation kami.... Bab kabinet-kabinet , nanti dulu la, biar siap dan kemas dulu . Kami nak pindah bulan puasa, bulan 8. Kira dah bagitau tuan rumah sewa sekarang dah. Kena cepat-cepat juga ni.
Oh.... saya terjumpa List nak kesan defect, atau kecacatan di rumah baru. Kira kami refer kat situ la. Saya dapat dari satu forum. Alhamdulillah, sangat pandai orang itu. Rasa berterma kasih sangat. Insya Allah, saya kongsi List tu kat sini nanti... Insya Allah bertemu lagi.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment