Kelmarin, sempatlah saya menonton semanis kurma. Tentang tinggal bersama mertua.
Saya teringatkan keluarga sendiri.
Kami sama-sama anak sulung, jadi rasa tanggungjawab itu lebih.
Jika tak kena cara.... ramai orang mudah menuding jari kepada kami jika apa-apa yang berlaku dalam keluarga.
Maka, untuk mengelak hal begitu, seringlah saya mengalah, agar suami melaksanakan tanggungjawabnya dgn baik. Dr segi masa, perhatian dan pelbagai.
Saya berharap ma abah, malah mertua serta adik beradik sentiasa Husnu Dzon kepada kami agar kami sentiasa istiqamah.
Begitulah, kasih-sayang sering berbahagi.
Melihat setiap saudara belah suami, yang tinggal berjiran dgn anak, saya berasa ada kemungkinan saya dan suami harus berbincang soal orangtua. Saya tidak pasti, tetapi saya mempunyai seorang ibu yang bergelar janda.
Saya pernah melihat jiran yang mana anaknya pulang beraya setiap tahun.. tanpa isteri. kerana isterinya mempunyai seorang ibu yg bersendirian, dan isterinya itu anak tunggal.
Ramai orang melihat perlakuan itu salah. Katanya membahagiakan hati suami dan ibu mertua hukumnya wajib.
Tidak pernah saya berasa hal itu akan terjadi kepada saya.
Melihat adik lelaki yang sudah ada 3 orang anak, manakan sempat hendak melihat ibu saya. Bahkan ibu saya yang sering membantunya menjaga anak-anak. Dia akan berpindah kerana kerjanya akan posting merata.
Hendak membina 'Mahligai' di atas tanah di kampung, manalah kami adik-beradik mampu. Arwah Abah telah sangat uzur semasa kami bersekolah,dan motivasi sering terganggu..
Tak apalah. Kami sering memberinya duit sara hidup, meskipun mama sangat berdikari orangnya.
Sebagai adik-adik perempuan... mahulah juga sekali sekala merasai kasih-sayang abang-abang tiri... ataupun berharap kepada mereka selaku anak-anak dari bapa yang sama. Tetapi banyak kali, saya takut, jika disalah erti, nanti ada orang yang tidak suka atau dikatakan mahu membebani. Cukuplah.. dgn isu semasa hendak bergilir menjaga arwah abah dulu..
Itu tidak apalah. Saya tidak khuatir. Selagi kita berharap, Allah tak akan membiarkan kita.
Ustazah Rubiah kelmarin berkata hukum menjaga mertua itu wajib. Menjaga ibubapa sendiri itu sunat... maknanya meninggalkan mereka hukumnya makruh. Alhamdulilah, buat masa ini umur mama 53 tahun, dan masih sihat, dan dia mahu tinggal di rumahnya sendiri.
(Entah apa cerita orang yang dia dengar... mama sangat risau jika anak-anak menyinggung perasaannya, apatah lagi bila tinggal bersama menantu)
^___^ sambil geleng kepala.
Saya memahami, sebab saya juga ada membaca keluhan oranglain yang menjaga ibunya sendiri, bukan mertua, tetapi sangat susah katanya untuk menjaga hati, apatah lagi dia seorang ibu kpd bbrp orang anak yang tahan lasaknya . Aduhai, saya pun resah mendengarnya.
Saya juga pernah membaca kisah seorang anak perempuan yang sangat berlemah lembut dgn ibunya dan tidak pun bersuara tinggi. Hasilnya, umur ibunya sangat panjang... Subhanallah. Itu rezeki dia. Saya harap, saya tidak mengabaikan mama...
Moga Allah mengasihi kita, selagi kita mengasihi ibubapa.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Sbg isteri-mmg kewajipan kita mendahulukan keluarga suami,mulanya dulu ada rasa x adil ttp lama- kelamaan adaptive dgn tjwb suami .kena tolak ansur selalu sbg isteri nih kan !
ReplyDeleteSalam kak Lyyn,
ReplyDeleteBenar kak. Kena selalu bertolak ansur. Allah ada. :)