Tidak lama dahulu, saya memperkenalkan 'chest freezer' kepada Ma saya.
Sebenarnya saya yang 'admire' freezer tu sangat-sangat, sebab saya pernah masuk kelas frozen food.
Adik lelaki saya yg tinggal di kawasan yg sama teramat sibuk utk membantu Ma keluar membeli barang rumah. Dia sendiri jika membeli barang harian, kegemarannya mesti tempat yang sesuai utk pasangan muda sepertinya (pasaraya yg ada fast food dan lauk paket yg mahal harganya.)
Barang keperluan runcit paket dan tin mendadak naiknya. Saya pula sangat tidak mengesyorkan Ma dan adik-adik yg lain untuk berbelanja di pasaraya pantai timur atau econjaya utk sayur dan lauk meskipun trend itu makin menular. Saya tahu harganya. Bagi sebuah bandar kecil di Besut, Pasar Basah masih lagi dikira murah dan more budget utk keperluan sayur dan lauk pauk. Saya pernah memborong barang keperluan di pasaraya, bahkan pasar basah di Besut, sekadar utk memantau harga.
Perbelanjaan harus diatur. dan kerana fridge di rumah kami kecil saiznya, jadi saya mula memperkenalkan chest freezer kepada Ma. Mula-mula Ma fikir barang sprt itu hanya utk aiskrim..
^__^
Saya memang admire frozen things. Lebih-lebih lagi freezer tu. Barangkali pengaruh kelas frozen food saya. Kelas yg saya masuk itu cuma frozen kuih, dan my hubby tak minat makan kuih... maka sangat jaranglah saya membuatnya. Kilang hubby ramai lelaki, yang hanya minat makanan ala snack dan makanan berat, sukar memperkenalkannya.
Lost motivation.
Tetapi....
saya still ada huge space di fridge untuk letak frozen. Sebab yang beku tu bahagian bawah. Kadang-kadang saya banyakkan air rebusan ayam, sebahagiannya saya bekukan dan masukkan dalam mee goreng atau sup lain. Saya pernah lihat peniaga gerai masukkan air rebusan ayam semasa menggoreng nasi . Sangat laku jualannya. Sekadar nasi goreng kampung.
Biasanya saya rebus ayam yang baru sehari dua dibeli dr pasar . Alhamdulillah, di BB dekat dengan pasar tani dsbg. Masih manis rasa meskipun sekadar merebus bahagian tulang. Isinya kita masak masakan lain. Sebahagian lauk yg saya masak banyak pun , sebelum hidang, saya bekukan. Lainkali cuma panaskan... jadi lauk lebih. Leftover yang kami dah sentuh pula, saya akan berusaha habiskan keesokan hari.
(Hubby tak pernah tahu bagaimana saya sediakan semua ini, kerana dia hanya mahu makan. :) Tetapi perlahan-lahan saya sering memperkenalkannya teknik yang saya buat dan perkara dapur yg lain, just sebagai topik perbualan. Moga Hubby lebih memberi motivasi utk kita berkarya di dapur. ;)
Saya stop dulu, rasa mamai lagi kerana baru balik dari mengecat rumah yg hendak disewakan pada orang. Kudrat wanita pun dikerah sepenuhnya. Take care. :)
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment