Malam tadi, kami berusaha menyiapkan bilik yang terakhir. Mengenakan cat yang baru pada dinding rumah yang comot, yang sudah hampir 5 tahun dihuni penyewa yang lama.
Alhamdulillah, setakat ini, mana-mana kontraktor dan tukang yang kami upah telah memberi kerjasama yang baik. Kami telah memasang mozek di ruang dapur, membersihkan tangki air dan menambah paip. Bahkan membaiki mana yang rosak.
Terbaru kelmarin, kami memasang pintu baru (yang langsung tidak bercat). Kami terima seadanya kerana mereka tak ambil upah cat jika hanya memasang satu pintu. Satu pintu utk apartment bernilai RM150. Jadi berpandukan nasihat, kami mencari undercoat dan cat top coat untuk mengecat pintu. Susah juga... kerana ia cat minyak. Pintu luar terpaksalah guna cat minyak kan, utk tahan lama. Hendak membasuh cat yang terkena di tangan pun terpaksa guna thinner. Pijar tangan seperti menjamah cili ... hehe.
Ada lagi yang belum dibuat, seperti membaiki siling di dapur yang dekat tangki air. Perlu dicat juga.
Berbulan-bulan juga kami berusaha membaikpulih rumah apartment itu. Berulang-alik dari setiap kali ada ruang di hujung minggu.
Hendak mengecat rumah yang kami duduki sekarang pun.... masih tiada kesempatan kecuali sedikit di bahagian dapur. Hubby mahu mencari penyewa untuk menampung kos yang ada sekarang.
Ke sini dan ke sana, saya menjadi tangan kanan suami. Kadang kala, kami bergaduh juga dalam hal kecil. Ada masa saya berkecil hati juga utk sesetengah perkara yg Hubby tak faham kenapa. Ada masa Hubby marah utk perkara yang saya tak buat. Menguruskan hal bersama ialah satu tekanan.
Belum lagi hendak memenuhi pelbagai urusan lain, memenuhi undangan sana dan sini.
tetapi,
kami belajar mengatasinya.
Setiap kali hendak mula bertolak pulang ke BB di malam Isnin, saya dah mula gusar. Hubby kerap terleka dengan rumah itu. Pernah kami keletihan dan bertolak pulang......
dan kereta hampir naik ke tebing jalan dan mahu terbabas . Nasib baik hampir jam 12 malam, jadi simpang itu tiada kereta lain yang bersimpang siur....(simpang 3 ).
Sayalah yang menjerit dan mengingatkan dia sekerap mungkin. Lebih-lebih kadang2 rapat sangat dgn belakang lori.
Teringat dulu, Hubby kerap mahu bertolak dari banting selepas Isyak, dan sebab jalan lama itu memakan masa 2 jam.... kerap kalilah saya mamai... Hubby pula bertarung dgn mengantuk.
Biarpun sekarang ini cuma ambil masa 1 jam mengikut jalan baru, saya dah serik.
Saya akan mengesyorkan suami balik rumah kami selepas Asar. Sempatlah membeli barang keperluan dan berjalan-jalan.
Ke mana sekali pun, saya tetap menemani dia ke mana yang perlu. Jika tidak boleh membuat 'brainstorming' sekalipun, saya boleh melihat perkembangannya. Jadi senang nak bersembang dan mengasah idea.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
wah sibuk sangat ni.. tapi jaga diri tu, jangan sampai sakit ya dik
ReplyDeletemesti penat kan?rehat ye..
ReplyDeleteSalam che mid,
ReplyDeleteThanx kak. Salam che mid,
haha.. memang dah sakit badan pun kak. :) Tapi saya tak sepenat mr hubby. Pengalaman DIY... Insya Allah memberi manfaat. Baru kenal apa cat minyak, cat air, kenal berus.
hehe..
Salam teacher,
Thanx kak. Alhamdulillah dah lega badan. :)