Bila harus memilih salah seorang.
Once,
saya melihat seorang anak yang terpaksa memilih antara Ibu atau ayahnya yang telah bercerai.
Dia tidak tahu hendak berpihak kepada yang mana... dia ingin lari dari situasi itu, dia tak mahu memilih. Dia ingin menangis, tetapi air mata tidak keluar.
Semua saudara lelaki menyokong ayahnya, dan langsung mahu membuang si ibu. Antara sakit hati dan menyatakan siapa yang betul atau salah katanya...
dari suasana mencari kebenaran... kepada suasana kebencian dan pihak ketiga bertepuk tangan.
.....
Anak itu meredakan hatinya. Menutup mata dan melihat dengan mata hatinya...
Mengapa tiada soal jawab, tiada soal selidik dibuat? Hanya pertuduhan yang didengarkan . Hanya talak yang jatuh dikhabarkan.
Anak itu akhirnya memilih berpihak pada Si Ibu.
Di waktu itu, adakah PERLU untuk mengadil siapa yang betul atau salah? Antara ayah atau ibu, yang membela kita sejak dilahirkan?
Saya melihat kekeliruan anak itu dari jauh.
Saya sentuh naluri cinta jiwa wanitanya. Dia berasa bodoh sepanjang waktu kerana mudah mempercayai raut baik seseorang. Berasa para walinya tidak berlaku adil terhadap ibu yang melahirkan dia.
Saudariku,
Kita tak tahu hati manusia.
Dalamnya ada hasad, menunggu masa menangguk di air yang keruh.
Dalamnya ada kebencian, mencari titik kesalahan untuk dibesarkan.
Dalamnya ada syaitan Dasim yang hendak meruntuhkan keluarga.
Bukan salahmu saudari...
Kebodohan itu hanyalah kerana sangka baikmu kerana Allah.
Ignore perkataan mereka yang mahu memecah belahkan keluargamu.
Mencacat celakan keturunanmu.
Allah sentiasa ada....
Saudariku.... kejadian dari Allah itu perkara yang ghaib. Hati juga perkara yang ghaib. Biarlah HATI mereka cacat, jangan kau cacatkan hatimu yang bersih kerana terpalit kotoran hati mereka.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment