Pernahkah anda diancam?
atas kesalahan yang anda tidak pernah perbuat?
Saya pernah melihat situasi ini. Dan itu bukan terjadi kepada saya.
Saya ada di situ, bukan masuk campur... tetapi sebahagian dari mereka juga.
Saya tidak pernah melihat ancaman begitu di hadapan mata, atau mendengarnya. Sepanjang hidup saya.
Meskipun arwah abah garang orangnya, Mama sentiasa melindungi anak-anaknya. Bahkan mama sentiasa membacakan petikan al Quran untuk melembutkan hati arwah abah. Maka kegarangan tidak pernah sampai di telinga kami, dipukul pun jauh sekali.
Barangkali sebab mama mempunyai ayah yang garang, arwah Tok cik saya.
Orang dulu-dulu lain caranya mendidik , apatah lagi umur arwah abah jauh sangat bezanya dgn mama. Maka Alhamdulillah, saya tidak merasa dipukul atau dimarah dgn kejam. Malah menjadi budak yang kuat merajuk pula. (itu dulu la... hehe :-)
Mama sentiasa berusaha dengan rumahtangganya. Mama tidak penakut menghadapi pelbagai hal.
Adakah saya mampu menjadi sekuat itu?
Hum.
Oh... lupa, kisah di perenggan atas. :)
Jadi, ia first time saya melihat orang yang sakit hati sangat-sangat katanya kerana mahu membela oranglain yang dia fikir betul, maka dia mengancam-ngancam pihak lain.
Sekejap dia sebut ttg hukum hakam, sekejap dia mengancam untuk memukul dsbg. Entah betul tidak orang ni.
:)
Ah... akhirnya saya sedar, kita tidak harus sentiasa dalam dunia kita, bila kita teeeermasuk dunia lain, kita akan berasa...
ancaman orang yang begini, (luarnya 'looking good', tapi hatinya penuh benci, tidak puas hati sepanjang masa )
adalah bagaikan anjing menyalak bukit.
Bukit tidak terjejas dgn salakan itu.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment