Berhati-hati dgn
orang sebegini.
Saya tidak tahu wujudnya orang sebegini.
Sejak saya mula meyambung pelajaran, barulah saya sedar. Saya merasakan kepercayaan kepada orang itu, kerana dia orang yg dihormati, lalu saya tercerita sesuatu kepadanya tentang hal pelajar yang hangat masa itu . Saya fikir, dia seorang yg amanah dan hatinya bersih.
Sungguh , saya bersangka baik sangat2.
Rupanya,dia menangguk dari air yang keruh dan buat sesuatu di belakang saya. Dia mengadakan peraturan baru, dan membuatkan semua pelajar yg terlibat marah. Ia satu perubahan yang besar dan saya terseret sama. Sebagai seorang yg berilmu dan berpengetahuan, tidak tahukah dia menarik rambut dari tepung? Saya tidak tahu kenapa saya pernah terlibat dgn orang begitu. Kecewa dan pasrah.
MELUAHKAN HATI
Sebagai insan punya ramai saudara mara, tidak semuanya baik dgn kita. Itu biasa kan?
Namun rasa kasih-sayang itu wujud sendiri. Saya sering berasa dia baik orangnya dan hatinya bersih.
Anehnya, kita rasa sayang padanya.... tetapi dia bersangka buruk dgn kita. Itu tak apalah, mungkin dia salah faham.
Satu ketika, disebabkan dia mahukan sesuatu daripada kita, dan kita tak mampu berbuat apa-apa ketika itu, dia marahkan kita. Dia menyebabkan kepala saya seperti bertanduk.
Satu ketika, disebabkan dia mahukan sesuatu daripada kita, dan kita tak mampu berbuat apa-apa ketika itu, dia marahkan kita. Dia menyebabkan kepala saya seperti bertanduk.
Dia mencanangkan kepada ahli keluarga yang lain, bahawa saya begitu dan begini. Menuduh saya dgn pelbagai kata-kata di hadapan ahli keluarga . Sebagai orang yang berilmu dan berpengetahuan tinggi, malah berumur, sepatutnya dia berkelakuan wajar dan lebih baik.
Apa yang anda rasa bila kita bersalam, orang palingkan muka? Bukan dgn orang yg menuduh itu.. tapi keluarga yang lain yang terperangkap dgn sarang labah-labah itu.
Cuma 2 pilihan saya, samaada tidak bertemu muka atau bertemu muka dan bersalam dgn rasa persaudaraan. Tetapi... saya tidak melayan orang dgn memalingkan muka sprt itu. Seperti kita orang besar-besar. Kita juga harus rasa kasihan kepada orang yang mghulurkan salam..
Sama seperti bila kita memberikan satu kepercayaan kepada seseorang yang kita hormati untuk dia mnjadi orang tengah untuk membantu mnyelesaikan masalah kita. Rupa-rupanya... dalam hatinya terselit hati musuh, mahu menangguk di air yang keruh. dan dia telah merosakkan kehidupan dan nasib ramai orang. Astaghfirullah, dia meminta maaf pun, saya rasa kematu di hati. Hanya Allah yang tahu.
Oh... insan, rambut sama hitam.. tapi hati lain-lain.
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment