Resipi sebelum ini guna kuah daging. Rasanya patut saya update resipi cara MIL ni. Senang...
Salam sejahtera, dah hampir tengahari kan?
Saya baru sempat postkan. Hari ni, bekfes mee hailam, sempoi2 jer. Malam tadi menu ikan kerisi masam manis dan cendawan tumis. Semuanya versi ulangan.
Alhamdulillah, perut dah kenyang. Ngantuks...nak tido jap. Malam tadi kami tgok movie kat lappy. sampai 2 citer, satu Superhero dan satu cite pasal penjara. maklumlah, TV dah lama masuk stor, rosak. nak kena ganti TV flatscreen yg besar tu (mimpi jer saya ni....) hahaha. take care...
MEE HAILAM 2 - style MIL
1/2 bgkus mee kuning
1/2 biji bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
sejemput udang kering - dikisar
3 biji cili kering - direndam dan dikisar
1/2 ikat sayur sawi - dipotong2
2 biji buah tomato - dibelah 6
Air secukup kuah yg dimahukan
2 biji telur
Kicap pekat - secukup rasa dan warna hitamnya
kicap manis - secukup rasa
Sos tiram - secukup rasa
Sos tomato - secukup rasa
Sos cili - secukup rasa
Bole tambah serbuk perasa atau kiub bilis (jika suka)
CARA:
1. Panaskan minyak dalam kuali. tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar
3. Selepas itu, boleh masukkan sos tiram ,sos cili, sos tomato, kicap pekat, dan kicap manis.
4. Masukkan air.
5. Biar mendidih, masukkan sayur, telur ayam dan mee kuning.
6 Biar mendidih kejap.
7. Angkat. Hidangkan
Resipi ada di SINI
Resipi ada di SINI
Nur, tolong bukak pintu...Love dah tunggu lama nih...hehehe! nak tapau...arrgh, takpe duk makan je la! ^____^
ReplyDeletehi kak love,
ReplyDeleteala...ciannya. masuk,masuk. layan diri jer. tuan rumah nak tido. hihihi