Alhamdulillah, my PIL (mertua) selamat sampai ke malaysia, dalam keadaan sihat. Bila my MIL dan FIL memanggil untuk melihat apa yg mereka bawa ke malaysia, kami berkerumun bagaikan anak2 kecil. hehehe. Dapatlah ole2 seperi "kacang cerdik", halwa, pelbagai kurma dan buah kering, sejadah dan baju untuk kami berdua, juga air zamzam. walaupun di malaysia pun ada jual, tetapi takkan sama dgn ole-ole orang yg baru balik dari Mekah, kan? Ada seronoknya di situ. Terima kasih buat mertua saya. :))
Dengan tayangan entry 'a step to be an organized wife' kemarin, saya tidak malu mengatakan itulah hasil carian saya kerana rasa 'Down' dengan diri sendiri. Apabila semua jadi tak teratur, suami pun menegur, saya berusaha muhasabah diri. Ya, siapa kata seorang isteri semulajadinya pandai? Dan hanya perlu pandai masak, jaga anak, dan mencari duit sahaja? Ada banyak lagi isteri kena fikirkan.
Sebenarnya untuk jadi 'organized', tak perlu duit yang banyak atau kabinet yang mewah. Sebab kabinet mewah, lagilah sayang kalau kita tidak pandai menjaganya. Jadi, saya hanya sesuaikan organizer itu dgn rumah kecil kami, yang dapurnya berkongsi ruang dengan 'living room' dan 'office space'. 3 dalam satu. Tak tau nak mula dari mana. Kerana itu, 'Planner' tersebut amat membantu. Cleaning Checklist.
Dari segi barang dapur, saya mmg menyimpan resit belian semua, tetapi sekadar tengok camtu jer. Rupanya kat negara barat, sudah ada sistem 'Price Book' untuk kita bandingkan harga barang dari kedai dan pasaraya yg kita kerap pergi. Musim sale, diskaun dan sebagainya. 'Grocery List software' tu pun ok. Saya baru saja menggunakannya. Travel trip checklist, dan pelbagai checklist sampaikan saya pun tak rambang nak pilih yang mana. hehehe... Alhamdulillah. Thanks berjuta lemon buat 'owner' asal yang mencipta 'planner tu'. Saya hanya perlu memilih saja dan sesuaikan saja. Sekurang2 saya kena rajin mencatat sekarang, bukan lagi menaip. ;)
NASI GORENG BERCENDAWAN
Nasi putih sejuk.
Balance sayur cendawan dan brokoli.
1-2 ulas bawang putih ditumbuk (utk menambah bau nasi goreng)
2-3 sdm Cili kisar puteri (sukatan ikut suka)
Secubit kiub ikan bilis (jika suka)
CARA:
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng ikan bilis kecil. Ketepikan.
2. Minyak yang ada, tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar puteri. biar sekejap.
3. Masukkan nasi, gaul sebati.
4. Baru masukkan balance sayur, dan sedikit garam, secubit kiub ikan bilis. kacau sebati.
5. Angkat dan boleh dihidangkan bersama ikan bilis goreng tadi.

No comments:
Post a Comment