Seperti yg diketahui, kamera kami sudah tiada. Utk kumpul balik mmbeli kamera sprt itu, perlukan masa. Kamera itu pun asalnya minat mr hubby suka sangat nak setting kamera ala dslr. Tapi akhirnya saya yg gunakan, kerana minatnya dah ke saham pula. Takde outdoor dah. kalu bole seharian nak duduk depan komputer, tengok graf saham. :)) Barang yg hilang perlu diganti perlahan-lahan. nasib baiklah cuma sedikit. kalu satu rumah... huhuhu. syukur 'si dia' masuk masa kami kuar jalan-jalan sekitar KL je. Moga Allah beri hidayah padanya supaya bertaubat. Tak tertangkap lagi tu.
Terkenang betul kamera tu. Ms mula beli, mr hubby tak putus amik gambar candid saya. Gambar dia sendiri pun banyak. Dialah yg ajar camana nak guna digital camera dslr amatur tu. Kamera pertama kami.
Laptop pun sama, laptop pertama kami. Macam2 ada dalam tu. Seme rujukan saya, hasil kumpulan saya, hilang macam tu je. Hanya bbrp note dan file buat backup kat thumbdrive. Macm tu juga mr hubby. Putih mata je la jawabnya. Cuma kalu gambar2, ada backup. Yang lain jer. Mintak2 Allah lindung semua. Yang lucunya, wayar laptop (bukan bateri) orang tu tertinggal pula. Dikebasnya laptop sahaja. Agaknya itu jer yg ada nilai. Risau safety yang ada kat komputer tu. Maklumlah, cookies pun tak delete. Ada password yg terus bole Log In. Sehari lepas tu, saya masih dapat masuk e-mail, web, tanpa masalah. Saya tukar semua password. Syukur.. syukur... maknanya 'si dia' hanya nak komputer utk dikebas dan dijual. Bukan orang IT la.
Malam tadi masak apa ek? Yang ada, udang, dan ayam. Dah tak lalu nak makan apa. Jadi saya goreng ayam berempah mudah dan buat tomyam udang. Berselera mr hubby hirup tomyam tu. Huhu... kesian dia. Saya diam saja. Yang tak perlu ganti, tak payahla. Yg mana dia nak ganti, saya ikutkan saja. Hurm, Resipi ayam berempah mudah tu, saya ganti jer rempahnya dgn serbuk. Nampak sangat takde hatinya,kan? :D tapi cukuplah buat isi perut dan Tomyam pula gantiikan sahaja ayam tu dgn udang. Gandingan ni memang menambat selera yg kurang berselera. :D.
Di bawah ni, gambar terbaru, tapi tak ditayangkan. Ini last gambar saya. Belum tentu ada gambar masakan lain di masa depan. Yalah, saya suka gambar fokus macam ni. Yg jelas, cuma dslr je.
Ini mungkin menu malam ni kot. Ada mee dalam esbok. Udang, sedikit ayam dan siew pak choy. Ok dah tu. Sejuk2 ni.... ngancam makan Mee Hailam. Resipi ada KAT SINI
Er... dah lupa apa ni. Tuhu ke, telur. Goreng ngan sambal je. Sodap juga. Sempoi...

buat sy lapar malam2 ni..kamera nur hilang ke? insya allah ada rezeki utk ganti baru tuh...huhu tapi tu lah, memang sayang kan..
ReplyDeleteDulu Makbonda ada external harddisk 40g,Semua fail dan folder dari laptop pindah ke situ,termasuk gambar-gambar,nak bagi laptop ringan konon,sekali tu rosak,kena format,habis musnah isi perut,rasa macam bayi balik.
ReplyDeleteTAk apa,pelan-pelan indah bangkit kembali.
Salam kak catlina,
ReplyDeleteHuhu... ya kak. Memang sayang, tapi dah bukan rezeki kami. Aritu nak bawa dah ms nak keluar, tp sbb takde bateri, tinggalkn kat rumah. Benda nak jadi, kak..
salam makbonda,
ReplyDeleteexternal hard disk. Rupanya boleh jadi camtu jugak ya? Kami mmg ada trasfer ke situ sbb laptop dah tak muat. Tp bukan semua. Sama je ngan keadaan kami, makbonda. Macam baby balik. Start kumpul seme benda balik. Mungkin ada hikmah tu. Moga isinya tak disalahguna oleh yg mengebasnya. Amin3x..
Sabar ye Indah...semuanya ada hikmah di sebaliknya...
ReplyDeleteSalam kak antan,
ReplyDeleteAlhamdulillah atas ujian. terima kasih kak atas sokongan.