Semangat berkasih-sayang.
Masa raya ni, akan kelihatan dan akan timbul dalam diri.. Sifat kita para wanita, lebih bersemangat hendak sediakan masakan dan mengemas rumah lagi (selepas hariraya puasa yg lalu), apabila teringat mereka yg kita sayang.
Kadang-kadang, semangat itu ada apabila melihat semua orang membuatnya. 😀
Tidak semua semangat itu dihargai.
Tidak semua masakan kita disukai.
Tidak semua deko kita dipuji.
Niat Lillah..
Niat Lillah..
Hari raya bermaksud gembira, dan memberi. Biarlah kita rasa tiada orang mahu mengambil tahu perasaan kita, tetapi kita gembira memahami perasaan oranglain.
Biarlah orang hanya mementingkan apa yg dia mahu, tapi kita mengambil prioriti juga kehendak orang sekitar kita. Biar dicakap secara langsung atau dgn bermasam muka ☺. Jangan lupa juga prioriti kita sendiri.
Nak buat camana, Takkan kita nak lihat orang2 di keliling kita merungut-rungut, marah atau bersedih di Hari Raya yg Allah kurniakan ?
Mungkin kita bukan orang begitu. Tapi ada orang yg begitu. Terlalu memikirkan apa yg dia hendak, berbanding memikirkan ia Hari Raya.
Niat Lillah..Lillah...
Selamat Hari Raya Idul Adha buat teman2 dan followers. Moga kita berkorban nilai2 yg tidak baik dalam diri kita, berkorban yg dalam kemampuan kita, berkorbanlah tapi letakkan juga prioriti kita. Sebagai Isteri... sebagai Ibu.... Sebagai anak...
P/s: Zaman ini, jika tak beritahu kesusahan kita, orang mudah bersangka buruk. Jika beritahu kesusahan kita, mereka boleh viralkan. Jagalah diri dari sifat menyebarkan. Wanita yg baik, yg tidak menyampaikan sesuatu yg wanita A cakap kpd wanita B. Jika ia menimbulkan perbalahan dan fitnah.
Copyright © 2016

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Terimakasih untuk nasehatnya.
ReplyDelete
ReplyDeleteRani: Sama-sama, Rani...