Daging masak merah hari pertama ramadhan yg lalu. Saya tuliskan utk nota dan catatan. Alhamdulillah, suami berselera makan hari pertama tu. Asyik ulang ambik lauk ni 😁. Saya guna daun limau purut yg besar dan tua, wah...baunya menyerlah!
Saya pernah terpandang seorang wife pilih daun limau dekat kaunter bayar di kedai runcit, dia ambil bahagian pucuk yg daun hijau2 muda. Allah... saat itu saya rasa sangat rezeki Allah beri pokok limau purut kecil yg saya beli hidup dan membesar. Tak semua pokok yg kami tanam menjadi. Alhamdulillah..
Bahan memang ada dalam peti sejuk, cuma ikut sukatan sosnya.
Terima kasih kak yani.
sdb=sudubesar. Saya guna sudu makan je.
Daging direbus dahulu.
Oleh: mysweetlifenurindah
Sumber : kak Yani myresipi,
( dari buku Jom berjimat memasak lauk-pauk ms 43 , MPH)
Daging Masak Merah
1/2 kg daging
4 sdb sos tiram
4 sdb sos cili
2 sdb kicap pekat manis
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2-3 helai daun limau purut
1 biji cili merah
sedikit garam
sedikit gula
1/2 cawan air
nurindah:Boleh tambah cili padi kalau mahu.
1. Potong daging dalam ketulan besar. Bersihkan dan rebus sehingga empuk.
Sejukkan daging sekejap dan hiris nipis.
2. Ketuk bawang putih, potong bulat bawang besar, hiris cili merah, dan carikkan daun limau.
3. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Panaskan dan tumis bawang putih sehingga wangi.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan 1/2 cawan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan daging, bawang besar, cili merah, daun limau, garam dan gula. Kacau biar rata.
Biarkan selama 2-3 minit sebelum padamkan api.
Copyright © 2016

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
sedapnyer...
ReplyDeleteInsha Allah sedap di tekak. Terima kasih Adda ;)
ReplyDelete