Salam sejahtera,
Moga teman-teman sihat-sihat semuanya. Bab masak, Alhamdulillah, berjaya juga buat bingka ubi kak watie. Rindu betul kat dia. Dah lama tak tengok bekal kak watie awal pagi. Saya pun dah lama tak spend masa awal pagi. Rindu pulak nak BW, 'blogwalking' awal pagi. hikhik....
Ubi kayu ini diberikan oleh Mertua masa balik haritu. Mula-mula telan air liur jugalah, sbb saya bukan rajin nak buat kuih. Tetapi anggap saja satu cabaran. Eh... senang je buat kuih ni rupanya. ihiks...
Saya gantikan santan dgn susu, kerana malas nak gi pasar beli santan. Mr hubby bukannya bersungguh-sungguh nak makan kuih, macam tekak saya ni. Jadi, tak payahla nak mintak en hubby susah payah beli santan bila balik kerja. Bila dah sedia dalam pinggan, dia makan juga. Siap saya bekalkan ke office. Ok tak bang? hehehe.... Mitak halal dan copy resipi kat sini ya, kak watie. Cayang kak..!
Ubi yang siap diparut. Sebatang ubi jer ni. Hati-hati, jangan calar balar tangan tu. hehe...
Adunan ubi kayu parut yang siap untuk diletak dalam bekas pembakar
Siap dibakar... namanya jadi Bingka Ubi. :D
BENGKANG UBI KAYU/ BINGKA UBI KAYU
Sumber: kak watie, watierman
Bahan2 yang digunakan:
•1 ketul ubi anggaran 1 kg disagat (boleh juga diblend...tapi texture halus sgt)
•1/2 cawan gula pasir
•1/2 sudu garam
•2 cawan air (air lebih tak ape...sebab nak tapis & buang)
•1 peket santan di campur dengan 1 cawan air
•sedikit margarine atau butter
•beberapa titik pewarna kuning
Cara-caranya:
•Sagatkan ubi dan campur dengan 2 cawan air
•Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
•air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan bawah
•campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
•masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna
•kacau...dan tuang santan sedikit2...sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2
•sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180 darjah
•Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter
•dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan
•Bakar selama 45 minit - 1 jam...bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
•Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....
my feberet ni.. musti cubak! tapi takde parut la..
ReplyDeletebestnyer NUr, akak mmg suka bingka ubi ni, tambah plak kalo dapat keraknya yang garing tu..wallah...makan tak hengat donia
ReplyDeleteSalam che mid,
ReplyDeletehehe.. kata orang boleh blend juga, tapi tak nampak seratnya nanti.
salam kak noorma,
ReplyDeleteyeah.. kita makan keraknya. hehe.. tekak saya ni memang tekak kampung. suka makan kuih basah gini. Dolu2 mama saya berniaga kuih gini juga. tapi versi lain. rindu..
tak pernah cuba buat sebab xde org suka makan. tp nampak sedap rupanya ni
ReplyDeleteSalam kak mekar,
ReplyDeleteSaya pun terbuat sbb ada ubi kayu. Alhamdulillah, saya mmg biasa makan ubi kayu. hehe..