Salam sejahtera,
Cak..! Apa khabar semua? Saya Alhamdulillah, sihat saja dgn mr hubby. Malam tadi pun makan luar, selepas pergi pasar malam, beli sayur. Tercekik sekejap melihat hasil timbangan RM28.00. Tambahan saya selain biasa, cuma tempe 6 bungkus (tamak ni, sebab 6 bungkus 5 'hinggit') . Aiseh, harga kat pasar pagi pun lebih kurang sama juga. Tak reti la nak tengok harga kat pasar. Kita serah bulat-bulat je,kan? Itulah... kat pasaraya Borong NSK, ada sesetengah sayur kampung tu, takde. Malam tadi, sekali harung je, beli. Hujung minggu tak sempat nak ke pasaraya kat bandar nun.
Esok-esok nak pergi beli ayam pula. Berdoa jela harga ayam tak naik. Duit dapur ciput-ciput jer ni. Tertunggu-tunggu elaun dapur bulan depan. ngeeee...
Oklah, di bawah tayangan pau Kak Ton. Pernah dah buat haritu. Cuma kali ni, kurang gebu skit, sebab saya uli malas-malas. hehehe.... sebab tu, bila masak, ada kedut-kedut skit. Maknanya tempoh menguliku tak cukup. Resipi ini memerlukan bread softener, tetapi saya tak bubuh sebab takde. Jadi kali ini, kegebuan dan soft agak kurang skit. Tapi, Alhamdulillah... selamat naik, selamat masuk perut dah. :D Resipi KLIK SINI JE..
Rupa inti kacang merah segera, bagi adik-adik yang nak kenal.
Kita potong-potong kertas dulu. Guna A4 pun boleh..
Doh yang diperam 10 minit.
Doh siap diletak inti dalam proses peram 45 minit. Dalam malas-malas, naik juga kau doh! huhu..
* pau ni lagi senang dari roti, * love *
Siap masak dah... jom ngap! ER.... nampak tak 20 hb tu? hehehe..... tayangan tertunda. jangan makan tau! ;) Sedap dimakan panas-panas.. inti lebih lembut...
Salam indah,
ReplyDeleteMakbonda kalau buat pau main kilo,rakat ramai katakan,tapi kalau semuanya pergi beli pau segera,pastu kukus makan panas-panas.
amboii..gebunya pau...
ReplyDeletecantik...
kalau che mid duduk serumah dgn indah.. tentu badan dah terlebih-lebih gebu dari pau tu... apa tak nya, asek mengunyah je ..
ReplyDeleteSalam makbonda,
ReplyDeleteaduh.. kalu buat kilo tu, puas hati, makbonda. Tentu seronok tengok diaorang makan hasil penat lelah menguli kita. Tak terasa penat tuh. :D
Salam kak mas,
ReplyDeleteKejadian pau yang kurang jaya kali ni. tapi syukur.. gebu juga, hikhik...
Salam che mid,
ReplyDeletehahah.. saya suka eksperimen, tapi sayang, tak ramai rakyat nak makan. kalu che mid mau, nak saya hantarkan.. hehe