Dan dibeli betul2 di bumi barakah, Mekah dan madinah. yakin, mmg dari situ.
Saya tak pernah rasa kurma Ajwa atau kurma nabi ini . Inilah baru merasa. :))
Bukan utk menghabiskan duit dgn membeli dari madinah.
Bukan utk membezakan kurma ajwa dgn kurma biasa.
Atas usaha, untuk orang-orang yang sakit di sekelling saya.
Merasa sedikit seorang.
Ada ubat dalam kurma Nabi sprt yang disarankan ulamak lama.
Kalau kita berikan kurma yang biasa, pastinya mereka lebih suka menunggu bulan Ramadhan.
Bila kita kata kurma Nabi ni, persepsi mereka berbeza.
Mereka lebih rela hati memakannya dari membiarkan dalam peti ais sehingga ramadhan.
Untuk cepat sembuh
dan mampu bekerja lagi...
Begitu jugalah bila kita kata "Ini air zam zam, Ma.. dari Mak ayah, baru balik umrah."
Terus sahaja ibu saya teguk air itu. Orang kampung, meneguk air zam zam, seperti mendapat air madu tualang....
Padahal saya pernah membeli sebotol zam zam dari farmasi kat Jerteh. RM10. Imported. Tetapi mata mama saya tidak bersinar secerah itu.
Nilainya berbeza.
Orang kampung macam saya dan keluarga saya ini.. :))
Sayang, penilaian kita tidak sama....

sedap kan kurma nabi. ada kurma macam2 jenis. mejdool sangat sedap. boleh buat kek, kurma milk shake, makan dengan corn flake & susu pun sedap.baiknya kurma makan harian. berkhasiat. semoga ibu nurindah cepat sembuh.
ReplyDeleteSalam Deliah,
ReplyDeleteBaru merasa. Lain dari kurma yg biasa kat pasaraya tu. Mejdool? baru first time dgar. Yum... sedap tu letak dlm cornflakes. Terima kasih atas doa :))