Tak semua anak-anak dalam setandan semuanya elok.
walaupun ibubapanya org beragama.
Ibu harus terima qada dan qadar.
Berdoalah terus...
Mak kawan saya sendiri,
walaupun bukan orang bersekolah atau kuat agama,
masih kuat menahan tangis bila anak lelakinya yang satu-satunya melebihkan isteri dari dia.
tiada tmpat mengadu kerana suaminya tak peduli hal anak-anak,
tiada saudara-mara tmpat melepas perasaan,
tiada tempat berserah kecuali pada kuasa Allah.
Dan langsung tidak mahu mengadu pada anak lelakinya yg suka marah-marah kalau dia beritahu masalah.
Anak ibu sekurang-kurang tidak marah macam tu.
Teringat anak nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir besar,
Teringat Nabi Muhammad S.A.W yang berbapa saudarakan Abu Lahab dan Abu Jahal,
Mak kawan saya seperti itulah,
Ada seorang anaknya tidak mahu mendengar katanya,
Ada saudaranya yang sejahat Abu Lahab yang tidak putus menabur fitnah,
Tetapi mampukah setandan disamakan,
Sedangkan Rasulullah mempunyai bapa saudara yg mulia, Abu Talib?
Ibu harus terima,
anak-anak ada juga silapnya, tak selalu ikut jalan yg lurus.
sampai masa, dia akan kembali.
tak perlu memaksa.
masa ni saya teringat cerita Nur kasih.
jangan jadi sprt itu, memaksa-maksa sehingga anak bingung dan tersalah pilih,
Yang susah hati kita juga,
kerana setandan itu tidak sama....

Salam, satu pesanan dan ingatan agar ibu ibu tidak makan hati berulam jantung. Berserahlah pada Nya. Sesungguhnya kita ini milikNya. Dia Maha Mengetahui. Setiap dugaan diberikan kekuatan...Terima kasih atas entri ini.
ReplyDeleteSubhanallah... teringat adik che mid yang diduga Allah dengan dikurniakan 4 anak yang amat nakal. Ibu mana tak sayang anak tapi semalam terkeluar juga dari mulutnya, " kenapalah adik dpt anak semua nakal2 mcm ni" dalam esak tangisnya. Ya Allah,Kau kuatkan hati adikku ya Allah..
ReplyDeleteKalau kita dapat kesempatan bertemu ibu bapanya tolong beri dia kekuatan,beri suntikan rohani agar dia redho dengan ketentuan,jangan henti untk terus berdoa. dia sedang diuji untuk meningkatkan makamnya.
ReplyDeleteKalau kita dapat kesempatan bertemu anaknya,sedarkan mereka tentang betapa dasyatnya doa ibubapa,walau pun dia pernah mengabaikan hak kita.
Kepada Che Mid,adik Che Mid tu perlu sandaran dari kita,memang ada orang diuji begitu,kalau dia sabar insyaallah kemanisannya akan tiba di hujung usia nanti.Saya juga pernah melalui saat seperti itu.
Salam ano,
ReplyDeletePerkara ini berlaku di kiri kanan saya. Suara saya hanya kecil. Tiada siapa mahu mendegar. Moga jadi sandaran buat ibu dan juga buat anak. Jangan menyalahkan sesiapa.
Salam che mid,
ReplyDeleteAnak2 Madu, malah juga ujian. Susah juga kan kak... nak membesarkan anak di dunia serba mencabar sprt skrg ini. Tak sprt zaman dulu, anak mendgar kata, boleh dibentuk. Skrg pengaruh luar lg kuat. Mesti ada juga caranya, Insya Allah. Saya doakan yang terbaik. :)
Salam makbonda,
ReplyDeleteBenar, jiwa ibu harus dirawat. Jika tidak, org yg di sisinya pula yg susah hati.
Anak adalah persis ibubapa. Tersilap langkah bukannya bermaksud dia jahat. Doakan terus.