Tergerak hati. Dlm suasana mother's day yang hangat di tv. Er... tv? hahaha. Kami dah brjaya baiki tv lama tu. Alhamdulillah.
Kembali ke isu asal, taat kepada ibubapa. Dulu-dulu, saya ni bendul saja. Apa yang disuruh, saya ikutkan saja. Tak terlintas menunjuk pandai. Masa sekolah lagilah bendul sebabnya skolah agama, ustaz ustazah selalu berpesan pada kita supaya taat pada ibubapa, jangan bantah apa-apa, jangan susahkan ibubapa. Apatah lagi saya di skolah asrama yg jaraknya 100km dr kampung, dan mndapat biasiswa utk keperluan diri. Padahal waktu tu, saya selalu rasa tak sihat badan, kerapa gi klinik swasta diam-diam. Tetapi mmandangkan melihat ibubapa saya yg trpaksa naik teksi utk melawat, saya tahankan saja. Apatah lg hidup kami susah, mama abah saya sangat sibuk mncari duit mnyekolahkan adik-adik. Mmg tiada masa kualiti utk brsembang. Dan akhirnya, saya termasuk wad kerana apendiks. Aduhai, masa tulah, baru riuh-rendah. Guru saya menelepon polis utk mencari ibubapa saya, kerana rumah saya tiada telefon rumah. Itulah natijah kebendulan saya, yg sepatutnya saya kongsi masalah dgn ibubapa.
Yalah, budak-budak masa sekolah lebih taat Guru berbanding Ibubapa. :D
Tapi sedikit pun saya tak salahkan guru, kerana tugas mereka mendidik.
Meningkat dewasa, semakin mematangkan diri. Saya semakin pandai pula menafsir macam-macam dan tidak hanya menerima bulat-bulat.
Pernah ada kenalan memberitahu, "Kalau ibu kita tak suka isteri anaknya, dan minta anak lelakinya menceraikan isterinya, atas alasan isterinya tak solehah dan melukakan hatinya, anaknya mesti ikut". Hati saya tersentap, teringat kisah Nabi Ibrahim dgn nabi Ismail yg menyuruh nabi Ismail menukar tiang rumahnya. Adakah semudah dalam cerita itu? Selagi seorang suami mencintai isterinya, sprtimana ibunya mencintai ayahnya. Ia tidak mudah. Jadi, mereka akan main tarik tali sehingga akhir hayat. Sang anak akan serba salah.
Belum lagi kata-kata tambahan " Bagaimana pula anak perempuan yang melebihkan ibubapanya sendiri dan lebih mendengar kata ibubapanya berbanding keluarga suaminya? " Menjaga hati ibubapa bukan mudah, tetapi kenalah betul caranya. Mestilah adil. Saya juga tinggal jauh dr ibubapa dan tidak jauh dr mertua. Kenalah ambil hati keduanya. Berikan hadiah walaupun dah selalu jumpa. Ajak bermalam ke rumah bagi yg jauh. Letih pun hilang bila lihat keduanya ceria. Moga kedua ibubapa dan mertua berasa dihargai.
Walau usaha kami kecil benar...
Ikutilah luahan hati seorang ibu.
"Selama ini, ibu turutkan semua kehendak dia.
Ibu tau, ibu salah kerana manjakan dia. Walau dia tengking dan marah ibu, ibu diam saja.
Tidak pernah ibu tegur kelakuannya terhadap ibu.
Ibu ingat, dapat bergantung harap pada dia bila ibu dah tua. Rupanya begini jadinya.
Bila ibu bertegas, dan tidak mahu ikut kehendaknya,
dia membuang ibu...
Tak apalah, ibu ada harta sendiri, ada rumah, ada tanah.
Selama ini pun, bukan dia yang memberi duit makan pada ibu.
Kalau dia tak bagi duit belanja pun, ibu masih boleh makan.
Kalau atas apa alasan sekalipun,
Anak ibu tak berhak marahkan ibu sampai tak nak ziarah ibu.
Semasa dia dan isterinya sampai di sini, di rumah ibulah dia berteduh.
Sekarang, dah beli rumah batu, dah tak nak tidur semalam pun di rumah ibu.
Sekarang dia manjakan sangat isterinya dan tidak berlaku adil pada ibu.
Padahal selama ini, pada ibulah, isterinya bergantung untuk membantu menjaga cucu-cucu ibu.
Semarah ibu, ibu tak pernah minta dia ceraikan isterinya walaupun isterinya selalu melawan cakap ibu.
Walaupun dia lebih menangkan isterinya di hadapan ibu.
Ibu tau hatinya lembut, mudah mendengar kata oranglain dari ibu.
Tapi,
Mulia sangatkah anak ibu?
Pandai sangatkah anak ibu?
Kaya sangatkah anak ibu?
Ingatlah mulut ibu ini juga ada getar.
Takut tak berkat hidupnya dunia akhirat.
Cuma ibu yang tak sanggup. "
Sebab kita ini kebanyakkan isteri dan ibu, maka saya salurkan cerita ini. Buat peringatan juga bagi saya.
Bahawa tanggungjawab lelaki itu berat. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita : ibunya, isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya dengan 4 syarat sahaja : sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan
menjaga kehormatannya. Selain amalan seharian yang dipertanggungjawabkan oleh Allah terhadap MuslimNya. Kerana itu, kepatuhan janganlah melebihi Allah SWT. Ada 4 orang bertanggungjawab ke atas wanita, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Wanita amat terjaga, walaupun dia mmpunyai banyak kelemahan.
Kerana itulah jika terjadi jika perbalahan antara mertua dan menantu, yang dapat masalah ialah anak lelakinya. Alqamah sekalipun hampir dibakar kerana ibunya marah padanya, sedangkan isterinya tidak terkena apa-apa.
Kasihan suami...
Saya ni menceceh saja. :) Jadi tauladan buat diri sendiri dan moga kita semua ambil iktibar. Bulan Mei ni, ada sambutan hari ibu. Tak salah meraikan benda yang baik. :))

salam Nur...
ReplyDeleteapa khabar?
kepada anak2 , hormati dan kasihi lah ibu anda... tiada ibu yg membenci anak2nya ,kecuali ibu hmmmmm,yg buang anak dlm longkang n tong sampah.
akak doakan Nur juga tercapai hajat mu dik...
satu tazkirah yang sangat baik...selamat hari ibu
ReplyDeleteSalam kak ummihumaira,
ReplyDeleteYa kak. TIada ibu yang membenci anaknya. Kasihnya tidak bersyarat. Terima kasih atas doa kak :))
Salam kak sonata,
ReplyDelete:)) Saya berceloteh saja, kak. Selamat hari ibu buat kak sonata :)
sebab tu lah, bila anak buat sesuatu yang kita tak suka, cepat-cepat muhasabah diri.. mungkin ada silap ibu menyebabkan pertimbangan tidak wajar..
ReplyDeleteSalam chemid,
ReplyDeleteMoga saya pun begitu...