Operasi donut.
Susunan donut yang dibiar kembang selepas diterap. Gambar diedit. Masih tak reti pakai paint, dulu guna photoshop. Jadi, hantam jer la. Meja tu, dah diubahsuai jadi baking table. Nak menggumpal doh tepung, atas tu. Insya Allah.
Donut ni, memang naik elok. Selain yis, ia ditambah sedikit baking powder. Saya menguli pakai tangan. Mencabar, sbb dah lama tak buat. Mula-mula tu penat, makin lama makin seronok pula. Tapi dohnya, tidak selicin doh daripada tepung berprotein tinggi, yg pernah saya buat di kelas bakeri. Memang lama nak menguli nak bagi dohnya elok.
Digoreng separuh masak , untuk dibekukan. Adeh, Nampak kan, kulitnya agak garing? Ia cepat hangit bila dimasak betul2. Mungkin trlebih majerin atau kurang air. saya terlebih majerin rupanya. Saya menggunakan sukatan separuh. Hasil doh seperti ini, lebih sesuai untuk buat Sosej Gulung yang dibalut dgn doh donut ni, pastu goreng, dan picitkan mayonis dan sos cili di atasnya. So... tempting, isi lembut tapi garing kat luar. Tapi untuk donut, saya nak lagi lembut. Harus diperbaiki lagi.
Tetapi jangan putus asa. Saya akan cuba lagi.
Trust me, pagi ini donut itu masih ok, lembut dimakan. Tak kejung macam sesetengah donut yg kita beli.
And... I use A camera.
Thanks a lot to all friends atas doa. :))
Thanks a lot to all friends atas doa. :))
Assalamualaikum
ReplyDeleteSemlm pun saya mendonat..lembut gak resepi yg baru saya try ni...buat lebih di frezen kan bila2 leh grg ...
indah,..
ReplyDeletekak mas dulu pun selalu tak menjadi bila mendonut..
Alhamdudillah..bila tak berputus asa..lama2 menjadi donut tu...
agaknya api kuat kot masa menggoreng...
klu menggoreng donut..indah buka api yg kecil tau....akan nmpk buih2 kecik...tu memang elok menggoreng donut....
selamat mendonut lagi yerk indah...dah ok dah donat tu..
donat dikatin sekolah makbonda lembut walupun telah sejuk,makbonda tanya macamana boleh lembut,dia kata campurkan kentang lennyek semasa menguli.Makbonda belum cuba lagi.
ReplyDeleteTakper, dah beberapa kali buat nanti mesti jadi cantik punya kan... ;)
ReplyDeleteBanyaknya indah buat donut tu... akak pun baru-baru nak cuba ni.. nanti kita kongsi gambar ok.. oooo dah ada kamera bagus2x
ReplyDeleteSalam sheila,
ReplyDeletehehe.. mendonut jugak? mesti sedap.
Salam kak mas,
ReplyDeletenak ikut jejak langkah kak mas, rajin menguli tepung. hehe..
salam makbonda,
ReplyDeletesaya ada juga dengar camtu. mesti lembut kan?
salam shasha,
ReplyDeletemesti boleh Insya Allah. terima kasih singgah sini. :)
salam che mid,
ReplyDeletenanti kita kongsi-kongsi. ;)
Nampaknya kena mendonat selalu utk kesan yg lebih sempurna. Jgn putus asa
ReplyDeleteSalam kak mekar,
ReplyDeletehikhikhik... alahai, mmg kena rajin mendonut saya lpas ni. Insya Allah, anggap donut tak menjadi itu satu cabaran. hehe..