Bab berceloteh
Haritu Mama berada di sini beberapa hari.
Mama saya ada menegur, kenapa suami baru balik kerja, penat-penat, kamu bercerita macam-macam?
Kenapa suami tengah makan, kamu tanya dia makanan tu sedap atau tidak? Kalau jawapan dia ok, kamu senyum, kalau kurang ok, kamu tanya macam mana nak perbaiki. Tak sempat-sempat.
Mama sendiri tidak pernah bercerita masa Abah kamu balik kerja dulu-dulu, atau tanya apa-apa masa makan. Benda itu boleh mendatangkan marah. Dia nak rehat.
Marah Mama saya.
Saya kelu :))
Tapi masa tu hubby takde. Cara mama, suka tegur anak di belakang suami. Kalau kami salah faham ngan Abah pun macam tu. Tegur kat belakang. Jaga air muka. :)
Er... sebab Abah garang? Orang dulu-dulu, kan? Suami skarang kurang garang skit. :D
Pandai menjawab.
Hubby tak penah pun tegur bila saya bercerita itu dan ini. Dan bila saya bertanya itu ini semasa makan. Dia faham, saya sunyi kat rumah. Dia layan jer dan jawab.
Tapi,
Itulah hikmahnya bila Mama datang ke rumah. Kadang-kadang kita rasa layanan kita dah perfect. Rupanya masih ada lompong kosong.
Isteri harus lebih pandai menyesuaikan diri, jangan tunggu suami tegur.
Macam-macam lagi la. Benda yg saya tak terfikir.
Pandangan seorang Ibu
Sekarang, saya diam jer, bila Hubby masuk rumah. Saya nampak perubahannya. Mukanya kurang berkerut.
Tapi, saya bukan tak de benda nak cakap, ADA...... tapi tunggu lepas makan. :D
Perut kenyang, suasana romantik bolehla ambil peluang.
Masa menulis ni, muka saya dah rasa hangat. Mengakui silap sendiri. Kena istiqamah membaiki.
Maafkan kebodohan diriku, sayang, dalam menghargai sifat sabarmu.

betul juga kan..ermm ;)
ReplyDeletesalam pagi jumaat Indah. Memang sikap yg terpuji, kena mengakui kesilapan seniri. Kadang kita sebagai isteri terlupa pula benda tu hehehehe
ReplyDeleteterimakasih ingat mengingati, suka entri ini ;)
Salam nur easy,
ReplyDelete;) kerana kasih hamba turutkan..
Salam kak Mon,
ReplyDelete:) Bukan mudah. kita terleka dgn diri sendiri, tak perasan benda sekecil itu. ;)