Apa khabar semua di hari minggu? hehe.. saje buat tayangan lauk pula. Sebenarnya sesi mghabiskan bahan yg ada. Daun kesum tu dah kering sebenornya, tapi masih ngam lagi. Syukur...hehe.. Asam jawa pun takde, kita ganti asam keping.La.. sape kata tak bole? Masuk dalam masak bersambal pun saya pernah buat. hikhik. Tapi, bila dah asam keping tu kembang, kita buang la. Jangan bg hancur dalam tu. Setakat ambik rasa masam je. Itu alternatif saya. Dan asam pedas ayam pun sedap, tak kalah dgn ikan pari. Janji isi ayam sedikit lebur dalam kuah.
ASAM PEDAS AYAM SIMPLE
5-6 ketul kecil Ayam
4-5 sdm Cili kisar
1/3 biji bawang besar -dikisar (saiz sederhana)
2 biji bawang merah -dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
4-5 batang Daun kesum
1 keping Asam keping
Garam
Gula - jika perlu
Air
CARA
1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
2. Tumis bawang sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Biar hingga naik minyak.
4. Tambah air secukupnya.
5. Masukkan ayam, daun kesum, asam keping, garam rasa. Kacau rata. Biarkan mendidih.
6. Tutup kuali dgn penutup periuk. Biarkan ayam masak. Guna api dapur perlahan sikit. Asam keping boleh diasingkan bila dah kembang betul.
7. Bila dah hampir masak dan ayam lembut, tambah air, gula dan garam jika perlu. Biar mendidih lagi dan sebati.
8. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Mencari kangkung goreng. hehe... Kita tumis pakai bawang tumbuk pula. Huwah! Tak kalah rasanya. sedap...!
KANGKUNG GORENG MAMAFAMI
Resipi: Mamafami
Olahan: Nurindah, tambah sosej.
Bahan-bahan :
2 ikat kangkung
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 batang cili hidup
2 sudu besar udang kering - direndam sebentar
garam secukupnya
serbuk perasa - jika mahu
minyak untuk menumis
Nurindah: Tambah sosej hiris yg siap direbus.
Kaedah penyediaan :
1. Potong sayur kangkung. Rendam sebentar di dalam air yang bercampur dengan garam. Toskan dan lalukan air untuk menghilangkan segala kotoran atau tanah yang terlekat. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili hidup dan udang kering hingga lumat.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat. Tumis hingga wangi. Masukkan sedikit air , jika perlu dan perisakan dengan garam dan serbuk perasa.
4. Akhir sekali, masukkan kangkung dan kacau hingga rata. Tutup api.
5. Sebelum menghidang, taburkan sedikit bawang goreng di atasnya.

indah...bestnya asam pedas...
ReplyDeletekak mas pun suka tau...
suka gak asam pedas ayam! sgt best! nurrindah punya asam pedas pun nampak mengecur air liurku..huhuhu
ReplyDeleteakak pn sama nur, campak je apa yg ada ttp yg pasti family ttp menghargai setiap yg trhidang...
ReplyDeleteanak2 akak pn suka asam pedas ayam brbanding ikan.
Salam kak mas,
ReplyDeleteyum yum.. asam pedas ayam ni dah jadi kegemaran seisi keluarga kecil kami.
Salam nuanza,
ReplyDeletemakan dulu.. konfem kecur.. ahaks!
Salam kak Nza,
ReplyDeleteSkrg ni cari pari, kadang2nya kurang segar. Kena pilih betul2. Ada ayam, rembat je masuk kuah asam pedas. hihi..