Salam sejahtera,
Ini karipap inti keledek. Dah berkurun lama tak buat karipap. Terliur bila jumpa keledek besar-besar kat pasaraya haritu. Tapi belum tau nak buat apa. Tak patut kan? hehe... Siap kopek dan simpan dalam petiais... seminggu. Punyala takut rosak. Isinya oren... fuh!! Akhirnya, 2 hari lepas, potong-potong keledek ni, untuk buat inti Karipap. Buat waktu malam lak tu. Tetapi, memang mudah.
Kulitnya baru buat hari ni. Pastrinya rangup, intinya keledek. Saya mencari resipi yg siap dgn inti keledek, dapat resipi Ros Jintanmanis. Waduh... sedap! Kulitnya rangup, tapi tidak menjemukan. Dan 3 biji dah saya telan. hikhik... Tetapi yang saya buat, tak secantik ros punya, maklumla lain airtangan.. hehe.. Terima kasih ya Ros. Mitak halal akak share kat sini...
Ok, tayangan gambar last hari ni.. ihiks..
KARIPAP INTI KELEDEK JM
Sumber: Ros, Jintanmanis.com
Doh Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 genggam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam) - Nurindah: saya guna isi ayam
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam
Cara-caranya
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.
Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
huiyai...lamanya tak buat.
ReplyDeleteKalau makan perut lapar dan masa hujan memang tak cukup 5 ketul sorang.
Pandainya Indah kelim. cantik pulak tu..
sedapnya.......tiba2 lapo...
ReplyDeletesalam rindu nurindah..cedapnyer karipap...dh lama x mkn karipap inti keledek nih..terliur akak tgk!!
ReplyDeleteSalam kak azrina,
ReplyDeletehehe... memang kena 5 ketul sorang, lagi2 tambah kopi o atau teh o... fuh!
Salam kak nza,
ReplyDeletesaya pun lapo gak ni.. hehe
Salam kak inahar,
ReplyDeletewindu juga kat puan doktor. hehe.. saya pun ini la baru buat. nasib baik inti dah buat awal.. hehe..
salam kak nur...wah dah try ya doh karipap dari ros ni, sedap n rangup kan kak, ni yang rasa nak buat ni heheee
ReplyDeletesALAM Nur,
ReplyDeletebestnya makan karipap. Sya selalu juga buat banyak2 lepastu frozenkan.bila teringin nak makan, terus aje goreng.memang sedap guna keledek ni.manis je rasanya.Tapi sya kelim pakai acuan je huhu..tak jadi cantik bila pakai tangan ni
karipap ni kue yang tak pernah jemu nak makan.
ReplyDeletesedap tu...
Salam ros,
ReplyDeletehihihi... sedap intinya dan rangup dohnya. cayalah, ros.. ;)
Salam kak mekar,
ReplyDeleteseronoknya bunyi frozen tu... aritu tepung tak cukup, buat separuh je. ini kena beli tepung lagi utk frozen betul2. bab mengelim tu, pun ada yg senget2 juga,kak. hehe.. pernah tulun mama saya buat kuih berniaga ms bulan pose.
Salam kak pah,
ReplyDeletekaripap memang tak jemu. nampak yang panas-panas, lagi cepat habisnya. hehe..
rajin nye :) pernah cuba makan karipap dengan jeruk bawang murtabak? sedap :)
ReplyDeleteSalam Del,
ReplyDeleteEh.. ye ke? telan air liur dah ni. suka sangat jeruk bwg tu. kalu beli murtabak, mmg nak kuah jeruk merah tu je.