Wednesday, June 9, 2010

Sup Sayur Cendawan

Salam sejahtera. Ini menu ulangan. Saya pernah buat sebelum ini. Tetapi saya terlebih airnya, jadi rasa cendawan dah kurang manis. Sebaiknya, kurangkan air sup, kerana air cendawan pun akan keluar lagi. Barulah sedap menghirupnya ;) Resipi smpoi, saya ulangi di bawah. Terima kasih mak,(MIL) kerana ajar saya makan cendawan. :)

SUP SAYUR CENDAWAN

Cendawan kembang- yang besar - disiat 2 atau 3, dan potong 1/3 batangnya.
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
4-5 biji cili padi
air secukup untuk kuah
kiub bilis maggi

Tumis bahan tumbuk, masukkan cendawan. Kacau kejap. Baru masukkan air. kita akan dpt agak byk mana air yang perlu untuk kuah. Masukkan kiub bilis maggi dan cili padi. Biar mendidih dan cendawan layu. Angkat dan hidangkan.


4 comments:

  1. Salam,

    Cendawan tiram memang sedap. Goreng dengan tepung pun sedap :)

    ReplyDelete
  2. salam sakinah,
    ya.. akak pun suka :)

    ReplyDelete
  3. salam nur.

    hari ni kakchik masak sup sayur cendawan ikut resepi nur. sup masih atas dapur tu. kakchik takde kiub bilis jadi kakchik ganti dengan lada sulah dan lada hitam.

    ReplyDelete
  4. Salam kak chik,
    segar makan sup time2 sakit tekak. terima kasih mencuba.
    Moga cepat sembuh, ya.. :D

    ReplyDelete