Wednesday, June 30, 2010

Terung Berlado


Khas Untuk faheem : NAK HADIAH TAK??: Myfaheem.com ada SUPRISE sempena HARI BAPA. Muah dari auntie. :D

Salam sejahtera. Er.. tiba2 saya join contest pulak. dah buang tebiat agaknya. hihi. takpo.., asalkan takde tag or kena buat post khas. :D. Terung berlado ni hasil mengintai rumah kak Syurie. Actually, otak tgah block nak buat apa ngan terung. jadi, sambal2 gini bakal menyambut selera. hihi. Alhamdulillah... :D.

TERUNG BERLADO -Sumber kak Syurie. Terima kasih kak. Mohon halalkan resipi ya :).

BAHAN-BAHANNYA

* 3 biji terung - nurindah: saya potong panjang2
* 5 biji cili merah - nurindah: saya ganti cili kering
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji tomato (yang ni, saya tak kisar, bubuh tomato comel2 tu jer)
* Garam & Gula secukupnya
* 2 helai daun salam - nurindah: saya tak bubuh
* 1 cm lengkuas - nurindah: saya tumbuk halus
* Nurindah: saya tambah halia - nurindah: saya tumbuk halus
* 2 sudu besar ikan bilis halus - digoreng


PENYEDIAANNYA

1. Potong terung ikut suka dan goreng sehingga masak.Angkat dan toskan.
2. Kisar kasar cili merah, bawang merah, bawang putih dan tomato.
3. Panaskan minyak dan masukkan bahan (2), tambah daun salam dan lengkuas.
4. Tumis sehingga agak-agak garing kemudian baru masukkan terung.Kacau sebati.
5. Taburkan bilis goreng diatasnya, kacau rata....Jika bilisnya dah cukup memberi rasa masin, abaikan garam.Tapi jika perlu, boleh tambah sedikit garam dan gula.
6. Sedia di hidang...


13 comments:

  1. Salam nur...
    Adusss...bestnya terung berlada...
    tergoda akak tengok..hihi
    akak memang suka sangat terung nur... lately hari2 panggang atas pan, tapi buh minyak sikit ambik syarat... buat side-kick lauk2 lain.. :)

    ReplyDelete
  2. salam nurindah ...

    perghhhhh , terung tu memang kegemaran akak sesangat , huiii terlioqnya..

    ReplyDelete
  3. terung anak saya suka ratah kalau buat dalca...

    ReplyDelete
  4. salam nurindah..br balik ni...dah pukul 5 x mkn tghari lg meeting x abis2-menci tau! nur pula hidang terung kegemranku-bestnyer-thanks nur :)

    ReplyDelete
  5. Resepi yang sesuai untuk seorang yang seperti makbonda.:)

    ReplyDelete
  6. salam kak fzi,
    saya pun suka yang grill2 jugak. tapi malas... hihihi. jarang beli terung. tapi suka juga :D

    ReplyDelete
  7. salam kak ummi,
    pergh... sedap.. :)

    ReplyDelete
  8. salam alimaz,
    Untung kalu anak suka makan sayur

    ReplyDelete
  9. salam deliah,
    ala ciannya. lom lunch lagi? haih, komen kat bos tu. :) suka terung juga?

    ReplyDelete
  10. salam makbonda,
    jom menyambal terung :)

    ReplyDelete
  11. salam aunty indah..makasih sudi share link kat sini.. :)

    ReplyDelete
  12. ini pun best juga. sambbal terung berlada

    ReplyDelete