Friday, July 9, 2010

Transformasi Menu

Salam sejahtera. Hari ini, akan jadi hari yang sibuk untuk mengemas rumah. Biasala, Jumaat, macam2 nak buat. Tapi dari pagi esok, kami ada macam2 aktiviti. Mungkin,sampai hampir malam kat banting. Di atas ni, ialah isi ayam yang menggunakan lebihan Kuah Ungkep. Maklumlah, ungkep kelmarin kan berkuah. *wink *wink, jadi ada lebihan kuah yg disimpan. Saya panaskan, dan taruk isi ayam. Masak ngan api perlahan sehingga kuahnya kering. Kalu suka wane kuning, tambahla kunyit. :D



Ha nampak kaki tu? Faveret tu... :D Malam tadi, for the first time, saya menggunakan resipi dari blog Mamafami. Tomyam, biasalah, saya guna bahagian tulang ayam. Asal resipi, tomyam campur, tapi saya sesuaikan dengan ayam. Resipi oleh Joi-ah,forumcari dari Thailand (masa ni, teringat ika...). Bahan2 macam tomyam biasa, tetapi rupa-rupanya ada teknik memasak yg menjadikan ia lagi sedap. Saya tak taupun, kena boil air ngan serai,lengkuas, daun limau dulu bg wangi. Selama ni, saya rebus ayam dulu. hihihi. Guna perencah segera. Tambah skit Sos ikan mengikut tips yang diberi kat blog mamafami. Hasilnya.... saaangat wangi dan sedap..!

TOM YAM CAMPUR JOI-AH
Sumber: mamafami

Ingredients :
Lemon grass (serai)
kaffir leaves (daun limau purut)
galanggal (lengkuas)
lime
bird eye chillie
fresh tomatoes
Tom Yam paste or cube
chicken and beef fillet ~ cut to small pieces
prawns
onion ~ cut into rings
cauliflour ~ cut into florets
carrots
salt ~ if necessary
zeal (aji-no-moto) ~ optional

Method :
1. Boil water with kaffir leaves, lemon grass, galanggal till fragrant.
2. Add in the tomyam paste or cube.
3. Add in salt and zeal (if necessary. I didn't add any). Let it boil.
4. Add in the beef fillet, then chicken and lastly prawns.
5. Add in tomato, onion rings and bird eye chillie.
6. Lastly squeeze some lime juice for an extra tangy taste.

Tips from Mummy Hamim2 :
mama saya pun ade pernah bertanyakan perihal rahsia nak buat tomyam jadi betul2 kaw n sedap ni kat member (siamese) , she told me to put 1-2 tablespoons of cofeemate or creamer, mmg giler punya sedap mama, sehingga menjilat periuk and if nak sup daging,tulang and ekor sedap pulak letak air coke (ganti wine) katanya... org thailand especially siamese nih mmg byk petua utk sedapkan makanan, selamat mencuba

Tips from Kak Yong :
.....lg satu petua kalau nak sedap tomyam, letak a few tbsp of fish sauce. ni kakyong dok belajo kat channel discovery travel & living mmg yummy!....

Fishball dari ikan kembung yang tak terbuat2 laksa. hihihi. Punyala teringin nak buat laksa, beli ikan kembung banyak2. Daun kesum beli, bunga kantan takde. cari 2-3 gerai dah. Akhirnya... buat fishball resipi kak JC macam aritu. Goreng ngan carrot dan suhun. Yum yum.......


Jeng ... jeng.. jeng... satu lagi transformasi.BREAKFAST pagi ni. Ngeeee... Mihun Tomyamla...! Apa lagi. Kan faveret saya gunapakai kuah-muah ni... hihihi. Ala, takat kita yg makan. Tak baik membazir... :D Celur bihun hingga lembut, panaskan kuah tomyam, tambahla perencah tomyam tu 1 sdk, tambah air sikit lagi, ketuk bawang putih seulas, campur skit fishball last night, sawi takde...jangan cari, carrot ada. Nak makan, tuang kuah atas mihun. Slurp....! Segar pagi2 ni.... hihihi.

7 comments:

  1. Salam nur...
    Woahh...banyaknya menu kat atas tu... bihun tomyam tu paberet akak tuh!

    Hepi weekend nur! Salam buat keluarga kat banting.. :)

    ReplyDelete
  2. salam kak fzi,
    Menu oter je kak. Hepi weekend jugak buat kak :D

    ReplyDelete
  3. salam sahabat..
    thank you for sharing..
    suka gak makan tomyam .. lepas neh nak praktis lah petua tuh.. hihi ;)

    ReplyDelete
  4. salam nurindah...ni sume resepi utk transformer ke-jgn kata anak dia je suka mak ayah dia yg transparent tu pun suke bangat! :D

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Wah hebat nih. Bagus juga ada idea yang mencurah-mencurah mempelbagaikan 'mengoter' masakan. Yang penting tidak membazir dan rasanya yang sedap weh.

    Kak Sweetie juga semalam pergi arah Banting.

    ReplyDelete
  6. Salam Indah,


    alaaa..kaki ayam kRina tak makan lah... tak biasa..

    ReplyDelete
  7. to Sufy: Salam Sufy, petua yg jarang kita ikut. hihi.
    to Deliah: Salam deliah, saya selalu jadi transformer
    to kak sweetie: salam kak sweetie, gi mana tu? :)
    to azrina: Salam kak rina, tak makan kaki ayam? sedap tau.. hihi

    ReplyDelete