Monday, September 20, 2010

Berita yang melegakan hati..

Sajer hendak bagitau situasi skarang ni. Kalaulah saya bole Solat skarang, pasti saya akan sujud syukur lama-lama...... Alhamdulillah kepada Allah yang memudahkan semua urusan kami. Alhamdulillah, kepada Allah yang memberikan kami saudara-mara dan teman2 yang menyenangkan hati, mahu berkorban supaya adik mampu meneruskan pengajian.

MC adik Nurul cuma 2 minggu bermula kelmarin.
Setelah berbincang sana sini dgn para pensyarahnya di IPDA, kami berat hati terpaksa untuk hantar adik balik untuk attend class di maktab dalam masa 2 minggu ini. Itupun melihat keadaan kesihatan adik. Mentornya, serta kawan2nya sudi mahu membantu menjaganya di sana. Saya rasa amat terharu.... Terima kasih ya Allah, terima kasih...

Skarang hanya terletak pada adik Nurul untuk kuatkan hatinya untuk ke IPDA, untuk meneruskan sedikit lagi baki sem nya pada tahun 2010 ni. Laporan SBE smasa adik praktikal di sek padang luas, dah sparuh siap. Assignment adik by group di IPDA akan dibantu mentor dan kawan2nya di sana. Ada 7 assignment lagi yang perlu adik lalui shingga Exam Final pada 1 hb Nov nanti.

Ya Allah, dia cuma seorang perempuan. Kuatkanlah hatinya, kuatkan semangatnya. Sembuhkan kecederaannya... Amin... Amin... Amin..

Dengan Rahmat Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani...

Saya hanya mampu menghantar berita ini buat teman2 yang prihatin. Terima kasih atas sokongan dan semangat. Hati saya belum kuat untuk blogwalking. Risau, dan sgalanya.... sperti wanita lain, hanya dengan suami tempat saya meluah rasa dan mendapat smangat. Saya tidak pernah membebani suami saya dgn masalah keluarga saya yang lain, kcuali bila tiba kecemasan sprt ini. Moga mertua saya memahami.. moga suami saya menjadi bahu saya bersandar.

Hanya Allah tempat sebaik-baiknya untuk bertawakal dan meminta pertolongan... Amin.. Amin... Amin...


2 comments:

  1. Salam nur....
    Selamat hari raya buat nur seisi keluarga...

    akak baru tau citer, baru stat blogwalking. Harapan agar adik nurul tabah hadapi ujian... akak doakan agar cepat sembuh cam sediakala..aminn

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak fzi,
    Moga doa kak sentiasa dimakbulkan Allah. amin..

    ReplyDelete