Friday, September 17, 2010

Hadiah di hari lahirku... keselamatan dan kekuatan hati utk keluargaku

Alhamdulillah,3x. Syukur semua pada Allah yang Pengasih dan pemberi Rahmat

Actually, balik ke kampung kali ini, brsama mertua saya. Dalam senyum, saya juga menangis di hati. Tak sanggup mendukakan hati mertua dan suami di musim raya. Sdaya cuba menggmbirakan mereka spanjang jalan. Tetapi tiba di kampung, saya tak berhenti2 menangis. Hati saya luluh. Saya serahkan pada suami utk menjaga keprluan mertua saya. Melihat muka adik perempuan saya yg bengkak dan patah gigi di usia 22 tahun, mmbuat hati di siat2...

Dalam kelam kelibut, mama fikir mreka dilanggar. Rupanya, adik sndiri yg naik motor bersama adik Nura terjatuh dlm parit, pergi beraya ke rumah adik lelaki saya yg baru membeli rumah di kampung. Nura ada lesen, tapi adik tidak. Bunyinya lucu, sbab jatuh sndiri... tetapi kcederaan yg parah di muka, membuat hati saya luluh... Kami orang susah, kebanyakan perempuan. Hanya Motosikal menjadi kenderaan utama ke mana2...

Di hospital, adik kerap mlihat gambarnya di pagi raya, dia cakap mukanya dah leper... Saya cakap, hidung adik masih cantik, mata adik sikit begkak jer. Gigi yang patah.. kita cari gigi yang cantik untuk adik. Muka adik masih elok. Parut di atas bibir, dan gusi akan hilang... adikku sayang. Syukur adik masih boleh berjalan, mata terang.

Saya tak berhenti menangis smasa solat. Saya takut hati adik tak kuat. Lepas ni, dia perlu exam. Laporan SBE , latihan praktikal perlu dilapor ke maktab. Kcdraan akan smbuh, ttapi saya harapkan keajaiban... Moga kecederaan tidak seteruk yg saya lihat smasa mukanya masih bengkak.

Dalam penjagaan saya, saya pastikan adik Solat. Masa meraup muka, barulah dia berani menyentuh atas bibirnya yg panjang berjahit. Gusi bawahnya juga berjahit. Sayang masih cantik... tunggu smbuh dulu ya...

Saya tahu, tak smua orang faham hati saya. Smua asyik cakapp, syukur selamat, masih bernafas, tak patah riuk. Lepas tu tinggalkan duit... Saya tak marah. Fikiran saya lain. Saya harapkan sokongan moral dan kasih sayang. Moga hati adik kuat meneruskn perjuangan di IPGM. Yuran hospital bole dilangsai, adik pun ada insurans... Fahamilah hati adik. Fahamilah hati kami...

Saya solat hajat slalu tiap kali slpas solat. Doa yang tak putus.. agar hati dan smangat, dan kecedraannya cepat sembuh. Sebab adik terikat dgn maktab. Ada perjuangan yg belum selsai. Perlu berada di IPGM Jitra sorang2....Perlu mrasai kecdraan di mukanya sorang2 di maktab. Saya harapkan keajaiban dan tidak putus berdoa agar kcdraan adik tidak seteruk yg saya nampak.

Syukur, klmarin semasa saya menjaganya, dia dah mula berlawak.
"Nuyu nak gosok gigi.. tapi gigi Nuyu dah takde..." Masa itu rasanya hati saya tersiat2... tapi masih gelak. Hati adik dah mula kuat, dan REDHA. ITU PALING PENTING BAGI SAYA.. REDHA... Dan hati saya mula kuat.

Ya Allah, saya telah balik ke rawang bersama suami dan mertua. Adik Nurul pun dah dibenarkan keluar hospital. Bengkaknya dah mula kurang. Jahitan di atas mulut, makin kering. 21 hb akan cabut jahitan di atas bibir dan di GUSI. Tabah ya, dik. Sakit sikit jer sayang...

Insya Allah, saya akan balik lagi. Trima kasih atas doa teman2 dan perhatian. Hati adik kuat, dan kecdraannya sembuh. Itulah hadiah saya di hari jadi saya hari ini. Buat IKA, Happy birthday ika sayang... my twins lain ayah dan ibu. Kita tak dapat mnyambut bersama, kerana hati saya masih lemah dan teringat2 pada adik Nurul, dan pada kuarga yang masih lagi bersdih dan terkejut. Maafkan daku, suamiku jika aku masih tidak ceria. Maafkan daku, mertuaku, jika daku masih sprti tidak kuat. Aku bersyukur pada MU Allah, kerana memanjangkan umur adikku2 itu. Kuatkan hatinya ya Allah, utuk meneruskan pengajian...


15 comments:

  1. salam nurindah...alhamdulillah adik nur kcederaan x banyak..mmglah klu keluarga kita ditimpa masalah kita pun akan turut kemurungan tp insyaalah semuanya akan semakin reda..kita doa ya :)

    ReplyDelete
  2. opppsss...lupe la plak...slmt hr lahir smg pnjang umur n murah rezeki :))

    ReplyDelete
  3. Salam indah, mekaseh, tak pe family 1st, bg dia kekuatan semoga dia sabar dgn ujianNya insyaAllah! untuk indah, nikmati hari2 mu dgn penuh bermakna ya :-) semoga ikatan persahatan ni kekal selamanyer insyaAllah!

    ReplyDelete
  4. Salam dik Nur...suruh adik banyak minum pati ikan haruan untuk kekuatan dalaman. Luka pun cepat sembuh. Insyaalah.. kalau tak lalu minum yang pati(cecair), makanlah yg jenis pil.

    Gigi boleh dibuat semula. Yang penting, nyawa masih selamat dan Nur berpeluang menatap wajah adik2 kesayangan.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir,
    Barakallah ya, kak :D

    ReplyDelete
  6. Indah

    Selamat harilahir..semoga tenang & tabah mengahadapi semuanya..Akak doakan adik indah sembuh segera seperti sedia kala, insyaallah..

    ReplyDelete
  7. semoga cepat semboh - dan tabah hadapi dugaan

    ReplyDelete
  8. salam lebaran buat nurindah dan keluarga. Happy birthday juga buat mu dik. Redhalah dengan apa yang terjadi..insyaallah, mudah2han, adik indah akan dapat meneruskan pengajiannya dengan cemerlang!!..

    ReplyDelete
  9. Salam lebaran dan selamat bertemu dengan tarikh hari lahir.

    Semoga adik diberi kekuatan.

    ReplyDelete
  10. insya allah kecederaan tu akan sembuh nanti...bengkak2 tu sementara je..dlm dua minggu ke sebulan, pulihlah tu...kesian adik nur...malang tak berbau...

    ReplyDelete
  11. Salam Indah,

    Semoga adik tabah menghadapinya dan segera sembuh, dapat meneruskan pengajiannya di maktab.

    ReplyDelete
  12. Langsir terserlah berwarna merah
    Tak boleh dipasang tak cukup benang
    Rasa bersalah lama tak ziarah
    Moga hati indah kuat dan tenang

    Selamat hari raya, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  13. Salam Deliah, Ika, kak Noorma, Deetha, Haura Malina, kak Yat, kak Sonata, kak Ayu, kak Sweety, kak catlina, che mid.
    Terima kasih atas ucapan dan doa. Moga Allah sentiasa makbulkan dan memberi kebahagiaan kpd kakak2 dan teman2 smua. Hanya Allah mampu membalasnya.

    ReplyDelete
  14. Reply shoutmix: Salam buat kak Azlina, kak sweety,kak mas, kak izah, kak azatie, Ika, kak JC, kak azian, kak Nor, kak hana, kak zila66, kak zurena, kak nur, kak juwita, kak rusnah,Ros, kak zana.

    Terima kasih atas ucapan dan doa. Moga Allah sentiasa makbulkan dan memberi kebahagiaan kpd kakak2 dan teman2 smua. Hanya Allah mampu membalasnya.

    ReplyDelete