Tuesday, January 21, 2014

Apa Khabar Cinta?, Anniv dinner


Apa khabar Cinta?
di hari anniversary kita.

meredah ombak gelora,
cinta dalam meniti usia pernikahan,
diulik impian, diusik harapan...

Seloka takdir sering membuatku rebah,
Seloka suamiku membuat sering kucium alis matanya.
tidakkan pudar kasih selagi hati ini masih berdenyut.

Ke mana Cinta?

meski dalam lesu,
sering.. apabila aku hanyut dalam tawakkal kepadaNya,
Dia sering memberiku hati,
yang merekahkan senyum di bibirku.

Alangkan,
Kukutip harapan yang berderai,
Kutimang-timang, kususun pecahan laksana puzzle,
Rupanya ada rupa yang berlainan dr yang diharapkan.
Rezeki datang bentuk berbeza-beza.

Masihkah jatuh Cinta?

Tuhan,
meski dalam suka, dalam duka,
Tidak lalai daku dari bersyukur,
agar mencambah RahmatMu dgn lebih banyak.

Gelora,
Bersamaan dgn waktu yang tidak putus,


Apa khabar Cinta?

Tidak lelah daku memeluk bahumu,
harap... dikau suamiku tidak penat menahan berat kepalaku di dadamu
selamanya...

Sepatutnya kelmarin entry ini... 20 Jan
Selamat Ulang Tahun Pernikahan.. Juga Selamat hari lahir... Suamiku.



Tiada kek, hanya ini.... Chilled cheese berlapis-lapis.  Hahaha... entah apa nama saya letak .
Dahulu saya pernah mix  cream cheese utk buat 'cheesekut'  (resipi internet), guna Graham cracker celup nescafe, bubuh susu pekat, rasa dia creamer sangat.  Pastu ada buat cheese cake resipi chef zam kalu tak silap, bawahnya biskut kisar dgn mentega, topping cheese dgn blueberry filling, kena bakar.
Saya gabung ikut suka, pastu sejukkan dalam chiller. Malas pergi bakery cari biskut Graham, saya gantikan dgn biskut jacobs, sebab biskut jacobs ni pun cepat lembut bila celup air panas, rasa dia pun tak jauh beza. Biskut jacobs ni pun, kita ngap sekali dgn nescafe panas tu, ;)


Chilled mini cheesecake with weetameal and bluberry.  (sesuai kot nama ni, hehe)

1. Biskut weetameal jacobs  (sebagai ganti graham cracker)= 1 lapis 3 keping x 3 lapis.
2. Cream cheese 1 tiub
3. Gula aising 
4. Blueberry filling  (ada kat bakery - blueberry filling ni rasa dia kurang manis, biasanya ada dlm peti sejuk dan ada buah sikit-sikit)
5. Nescafe 3 in 1 (original)
6. 1 cawan air suam
5. Mangkuk aiskrim
6. Mixer -   semestinya! Lenguh nak kacau by tangan... :)

CARANYA:

Cream cheese yang sedikit sejuk dipukul sekejap, masukkan gula aising setakat manis yang kita nak, pukul lagi sehingga cheese ringan.
Bancuh nescafe di dalam mangkuk kecil.
Ambil 3 keping biskut utk lapisan bawah, celup sekali sahaja dan susun dalam mangkuk aiskrim.
Lapisan kedua letak cream cheese yang dipukul tadi.
Lapisan ketiga letak blueberry filling
Ambil 3 keping biskut, celup lama sikit dalam bancuhan nescafe . Susun di lapis keempat.
Letak cream cheese
Letak biskut dicelup lagi.
Last cream cheese saya campur filling blueberry 3-4 sdb.... Yum! Pastu saya letak sebagai topping atas.
Dah. :) Sejukkan 1- 2 jam sebelum makan.


Tak taulah saya pukul cream cheese ni cantik tak, asal boleh makan jer. But this definitely not yogurt! :D



Konon sebagai Dinner anniversary. Ayam bakar blackpepper.


Kentang (direbus separuh masak dahulu), dan tomato digaul dengan mixed herbs, oregano, sertablackpeper ajishio + garam. Bakar dalam tray lain, bersama ayam bakar  di atas.

Satu lagi, sebenarnya ada buat kuah sup, bubuh daun sup banyak2, sebagai penyegar rasa.

 REZEKI PETANG: Hubby berpuasa kelmarin, kebetulan waktu nak balik, Hubby dapat rezeki nasi  dari department.

beserta ayam masak merah


Juga nasinya. Di sebelahnya, nasi yang saya masak. ;)




Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. 
Surah Ar-Ruum ayat 21.






 Teringin sangat ada foto baby kat sini...



Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sunday, January 19, 2014

interesting art






Copyright © 2014


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, January 9, 2014

Subhanallah..

Kita sering terlupa.
dan sering menurut-nurut kata hati.
Apa jua keputusan perlu berserah kepada Allah, jika ia terjadi juga, mestilah ada kebaikan darinya. 

.......

( klik newtab utk besarkan )


Source: themuslimshow


 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, January 8, 2014

ikan bulu ayam, udang masak sos tiram dengan kacang dan tauhu telur.

Bismillah,

Tengah buat apa?nak menambah post ni, hehe.
Selitkan lauk semalam.



Ikan bulu ayam ni pemberian my adik bongsu, Nuyu, khas dari kedah. Sekali dgn ikan talang saiz besar, hahah. Ikan masin ni saya celup tepung segera, sebab saya pernah nampak ikan bulu ayam dicelup tepung dimakan bersama nasi ambeng. Mula-mula saya ingat masin sangat, tetapi tepung segera cap Bestari ni ok saja dgn ikan masin. Cubalah!  Ada paket kotak yang dijual kat pasaraya.



Ini macam biasa, :D  udang dan sayur kacang bersos tiram.  Saya tambah tauhu telur yang digoreng dahulu. Tauhu ni dimasukkan last sekali.  Musim raya cina ni, banyak tauhu telur dijual murah-murah.  Memasak menggunakan bahan yang dijual murah-murah sempena perayaan, lebih berbaloi!

p/s: Teringat bulan lepas cendawan yang enoki  dijual murah. Saya masak ala berkuah bersama sayur kobis cina.... tumis bawang putih cincang + halia, tuang air dan masukkan sayur dam garam. Cendawan enoki masuk last sekali. Ubahsuai, boleh  tambah ikan bilis dan cili padi . My Hubby suka cendawan ni dimasak sup!  Cendawan enoki ni cepat lembik, sbb tu masuk last sekali. :))




 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, January 7, 2014

JANUARY

Bismillah,

Apa khabar teman-teman yang disayangi? Masa cuti yg lalu, kurang nampak posting. Disember lalu, saya agak sibuk di rumah kerana my adik-adik ada datang. Nuyu, adik bongsu ada inteviu di putrajaya. Jadi saya dan suami mengambil tanggungjawab  utk menghantarnya, jadi agak sibuklah  pada 2 minggu pertama.
Dah 2 minggu di rumah kami, mereka nak lepak pula di rumah sewa kakak mereka,  my adik Siti di damansara damai.
Jadi kami proceed dgn aktiviti sdn bhd pula. hehehe.

Kami pergi bercuti, di iconic sepang goldcoast resort . :)
Tempatnya di pantai Bagan Lalang.  Dengar kata kat situ femes dgn kawasan perkhemahan.  Dan sepang gold coast ni resortnya di atas permukaan air.

Gambar tak upload lagi.  Saya demam sikit.  :))


Kami bercuti 3 hari kat Iconic ,  lepas tu terus ke bandar Botanic, menuju apartment Hubby yg ada kat situ. Sambut New Year kat  botanic jer. Sambil buat kerja sikit itu dan ini. Weekend lepas pun pergi Botanic lagi.

Apartment ni mengambil masa yg lama utk pulih, kerana renovation sikit-sikit. Cat pun DIY jer, bergotong royong.... Insya Allah, tak lama lagi siaplah utk disewakan.

- Pintu tandas pasang yg baru. :)
- Maintenance JMB dah bayar,
- plumbing akan dibaiki,
- upah pasang lampu sebab konkrit  rumah pangsa ni keras betul nak drill. ;)
- pasang kipas dalam 2 bilik.
- sampah aka ' zink' pintu 2 bilik air,  Hubby dah gi jual. Campur dapur gas rosak dan kotak,  dapat RM15.  Banyak tu..  :)

Alhamdulillah, upah orang jer buat kerja. Taklah penat sangat macam masa mula-mula dulu.

p/s: Berdoa agar dapat penyewa yg bagus, yang rajin bayar sewa. :). Peringata, meskipun dgn orang Muslim kita harus bertegas dalam bab bayar sewa. Kan?   Beli rumah, dgn duit juga, nak renovate keluar duit juga.  Pusingan modal hartanah memang begitu.


Cerita orang  tgh demam  . Berenti dulu ya.. :)  Nak basuh baju bertimbun-timbun, lalang kat depan rumah, hal dapur... hehe,  jenuh. Saya buat sediki-sedikit. Hubby suruh hantar dobi, saya takmo.   Kat bawah ni,  dulu nak buat entry, tapi selit kat sini jerla.  Selamat menyambut  New year,  dan juga Rabiulawwal. :)







 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────