Tuesday, November 10, 2009

Cendawan goreng 2 dan award dari kak Love



Salam sejahtera,
Akhirnya dah berjaya mencari mood untuk masyak-masyak. Dari hari Ahad, menu kami menu tunjuk2 kat kedai. Pagi2 kelmarin pun, hubby nak makan roti canai pisang dr kedai mamak. "taulah ayang tak pandai wat roti canai pisang" (tunjuk muncung sambil ngap-ngap roti canai).ihiks...

Dan pagi ni, kempunan tengok cendawan goreng kak Hana. Cendawan lak tu, ada kat peti ais 1 bgkus besar. haha. nanti nak wat tumis cendawan ngan cili api. Smenjak-menjak ni, lapo terlebey2 lak.

Tepung Kentucky takde . Maka, jadi la resipi sempoi cendawan goreng.

CENDAWAN GORENG 2

Cendawan kembang
5 sdm Tepung gandum
5 sdm tepung jagung
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt serbuk cili
1 sdt serbuk kari
sejemput garam
1/4 biji telur - balen tu simpan (bole buat mushroom omelette)
Air - secukupnya untuk buat batter (sampai adunan lembut , tapi masih menyalut sudu...)

CARA:
1. Resipi ni ialah secara batter, yang mana saya campur semua bahan kecuali cendawan, menjadi adunan macam nak buat pisang goreng. Pastikan toskan cendawan selepas siap dibasuh. Celup dalam batter dan goreng dalam minyak banyak.

UPDATED 3 mei 2010,5.52am. updated 11 jan 2011, 8.58pm:
2. Cara kedua ialah kaedah menggoreng cara KFC (dicelup telur, baru digolek dalam campuran tepung): Campur tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada putih,serbuk cili, serbuk kari, garam dalam satu bekas (sukatan di atas boleh diganda dua supaya cendawan bersalut cantik). Kacau rata. Dalam bekas lain, pukul 2 biji telur hingga sedikit kembang. Panaskan minyak penuh dalam kuali. Untuk menggoreng, celup cendawan dalam telur, kemudian golek2kannya di dalam campuran tepung dan terus goreng .  Cara ini cukup untuk 2 paket cendawan harga RM2 tu...


DARI DEAREST KAK LOVE 

12 comments:

  1. salam nurindah.
    kakchik baru je balik dr blog hana tengok cendawan goreng. rupanya nurindah dah pun ambil inspirasi dia.
    terliur la pulak. insyaAllah nak buat jugalah.

    ReplyDelete
  2. Wah bercendawan tumbuh seluruh dunia dah ni...akak nak rasa jer....suapkan sikit boleh!!! Sekali sekala nak manja dengan Adik2 jgn nyampah dah le!!

    ReplyDelete
  3. salam kak...cendawan goreng peberet hubby saya tu

    ReplyDelete
  4. Wow, besnya cendawan goreng tuh Nur! Tks for sending it over to my home! hehe...

    N tks for accepting the award from me ya! ;)

    ReplyDelete
  5. Salam kak chik,
    hihi. masa menggoren pakai apron tau kak chik...nati abaya baru bau2 minyak. hihi.

    ReplyDelete
  6. Salam kak watie,
    bole, bole, nganga.....zup masuk 1 ketul.

    ReplyDelete
  7. Salam Alimaz,
    faveret kami berdua gak. Lagi cedap wat tumis cili api makan ngan nasi...huhu.

    ReplyDelete
  8. Hi kak Love,
    same2. nak ketuk paku dlu ni, gantung award kat dinding rumah. hihi

    ReplyDelete
  9. indahhhh!! jiya bawak pinggan kosong ni. nak skett cendawan goreng... tgh ujan ni lapo!!

    ReplyDelete
  10. Salam kak jiya,
    la, ujan kat sana kak? huhu. da abes. lenkali kita wat lagi ya? ;)

    ReplyDelete
  11. Aduii meleleh air mate tgk cendawan goreng akak nie... terliurrrrr!!!

    ReplyDelete
  12. Salam Ijan.
    la, awat meleleh air mate laks? hehe. kami pun terliur tgok kek2 yang Ijan tayang masa gi helsinki aritu..

    ReplyDelete