Sunday, March 28, 2010

Ayam Masak Badang


Rasa resipi ayam ni, ala-ala ayam percik.

Updated 27/12/10: Masa nak masak cepat, saya rebus ayam tu dulu dgn air paras ayam jer. Tutup periuk, dan rebus hingga ayam lembut dan kuah tinggal sikit. Perencahnya buat siap2 termasuk santan. Bila ayam masak, masukkan jer dalam kuah santan tu dan biar sebati dan kuah agak pekat dan naik minyak. Siap untuk dihidangkan. ;) Ada juga ulangan resipi di sini (cara rebus) juga di sini (guna susu cair)


AYAM MASAK BADANG - buku kompilasi masakan selangor, alaf21

Bahan-bahan: (Saya buat separuh ayam sahaja)

1 ekor ayam - dipotong dan dibersihkan (nurindah: sebaiknya dipotong kecil2 atau lebih mudah, rebus ayam dahulu separuh masak)

500ml santan - dr sebiji kelapa. asingkan secawan pati santan. (nurindah: saya guna santan kotak 1/2 cawan, tambah air utk cairkan)

4 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
garam secukup rasa

Bahan A dikisar:
10 tangkai cili kering (Nurindah: saya buang biji, rendam dengan air panas)
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara membuat:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih di dalam periuk hingga naik bau.
2. Masukkan bahan A. Tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ayam dan dikacau rata. Apabila airnya agak kering, tuang santan cair.
4. Bila mendidih, masukkan pati santan, garam dan kacau selalu.
5. Akhir sekali, masukkan bawang besar. Masak lagi selama 3 minit. Tutup api.


6 comments:

  1. mmm bleh cube...lain skit resepi dari yg lain ek

    ReplyDelete
  2. salam izahdaut,
    kita same2 blaja... ;)

    ReplyDelete
  3. salam nurindah,oo masakan ni namany masak badang erk..hehehe!sy panggil masak panggang tp x panggang pun ayamny, pastu pelik fikir knp namanyr camtu.sedap ni makan dgn burasak :P~

    ReplyDelete
  4. Ringkas tapi sedap.Kak Sweetie pun dah letih juga asyik ayam masak kari.

    hidangan ayam badang ini sesuai dibulan posa. dah namanya sebegitu tentu lepas makan lebih kuat dan bertenagakan...heheh gurau jer

    ReplyDelete
  5. salam deliah,
    ntahla deliah. dah namanya kat buku. er... burasak tu apa ya? roti?

    ReplyDelete
  6. salam kak sweetie,
    aa.. ya kak. sesuai time2 kita tak nak lauk yg berkuah banyak :)

    ReplyDelete