Friday, August 27, 2010

Allah Maha Pencipta

Salam sejahtera. 17 Ramadhan 1431. Masa pengajian di Sijangkang aritu, MIL berikan saya tafsir. Jadi, saya sempat lihat terjemahan ayat yang dibacakan oleh ustaz yang bertadarus trsebut. Di antara part ayat yang menyentuh hati saya ialah ayat 43-49, Surah an Najm. Saya rasa tersedar dari mimpi, keluhan, dan rungutan saya selama ini terjawab. Keterangan ustaz trsebut ialah, setelah air mani suami dipancutkan ke rahim isteri, tidak semestinya akan menjadi seorang anak, kecuali dgn izin Allah kerana Allah yg berkuasa menciptakan, juga mencipta jantina anak. Sesungguhnya Allah tempat kita merujuk dan kembali:

Sumber Text: http://www.tanzeem.org
Sumber Terjemahan : http://www.iiu.edu.my


Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;[43]

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;[44]

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -[45]

Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);[46]

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);[47]

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;[48]

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;[49]

2 comments:

  1. nur..betul tu..thank share ..rujuk semua pada Allah..merayu juga padaNYA.masing2 ada bahagian masing2 kan. teringat kakak akak, lebih kurang mcm nurindah juge..bayangkan adik2 dia semua dah ada peneman ceria, bukan sorang,tapi 2,3 org lagi tu.die tetap sabar dan pekakkan telinga dengan kata2 org.guess what.Allah kata kun fayakun.ramadhan baru ni, Allah bagi juga rezeki itu..nak nagis.. nur sabar ye..ujian hidup kite berbeza..bersyukur dikurniakan suami memahami.kesian lagi dengan kawan2 yg belum dijodohkan.kami mendoakan nur dikejauhan

    ReplyDelete
  2. Salam kak izah,
    Terkadang kita lupa, kan kak? bahawa Allah itu yg mencipta segalanya. Terkadang kita mengeluh dan meratap. rupanya ada share kita. Rupanya kita org terpilih oleh Allah, diuji utk menunjukkan tanda kebesaran-Nya. Alhamdulillah, saya merayu selalu dan berusaha selalu. Terima kasih atas doa kak izah. Moga dikabulkan Allah.

    ReplyDelete